Telefilem Cinta Mat Semperit Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Cinta Mat Semperit yang akan menemui penonton semula pada 28 Jun 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan arahan sutradara Raja Ahmad Alauddin, nukilan skrip daripada Azlina Pa’wan dan diterbitkan oleh produksi Primeworks Studios.

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : 28 Jun 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Azlina Pa’wan
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Primeworks Studios

cinta mat semperit

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Cinta Mat Semperit ialah Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman, Saharul Ridzwan, Alif Hadi dan ramai lagi.

  • Aeril Zafrel sebagai Ariel
  • Izara Aishah sebagai Ariani
  • Fasha Sandha sebagai Kak Lola
  • Roy Azman sebagai Chef Kamus
  • Saharul Ridzwan sebagai Mahad
  • Alif Hadi sebagai Taha

Sinopsis Telefilem Cinta Mat Semperit

Telefilem Cinta Mat Semperit mengisahkan Kak Lola yang handa membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih itu terbaik di kampungnya.

Namun, bakat Kak Lola dicemburui oleh Chef Kamus yang ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih tradisional itu.

Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani membantu dia menjadi perisik bagi mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola dengan cara berkawan rapat dengan adik lelaki wanita tersebut iaitu Ariel.

Kebetulan pula, ketika itu Ariel sememangnya meminati Ariani dalam diam dan ia memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan lelaki itu.

Advertisements

Keinginan Ariani membantu abangnya kerana dia disajikan akan mendapat hadiah motosikal sekiranya berjaya mendapatkan resepi kuih semperit tersebut.

Demi mendapatkan motosikal idaman, Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya.

Kerana ingin memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit daripada kakaknya.

Leave a Comment