Table Of Content
Saksikan drama terbaru Andai Itu Takdirnya 2 (musim kedua) yang akan bersiaran mulai 9 Februari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria dan secara online di Sooka.
Drama kesinambungan daripada musim pertama ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Siti Rosmizah dan diterbitkan oleh produksi SR One Sdn. Bhd.
Episod : 40
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : 9 Februari 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Siti Rosmizah
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak
Antara barisan pelakon yang membintangi drama Andai Itu Takdirnya 2 ini seperti Shukri Yahya, Hanna Delisha, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Nadia Brian, Fahrin Ahmad dan Faye Kusairi.
Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Aida Khalida, Zulkifli Ismail, Laila Nasir, Safura Yaacob, Kael Noh, Qisya Hairulzain dan ramai lagi.
- Shukri Yahya sebagai Syed Aizril
- Hanna Delisha sebagai Aleya
- Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
- Idzham Ismail sebagai Ikram
- Nadia Brian sebagai Sharifah Azreen
- Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
- Faye Kusairi sebagai Juwita
- Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abbas

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya 2
Drama Andai Itu Takdirnya 2 mengisahkan tentang Aleya yang pada awalnya memilih untuk menjauhkan diri daripada Aizril selepas hatinya dilanda kekecewaan.
Namun, perpisahan itu seolah-olah tidak berpanjangan apabila satu insiden kemalangan menyebabkan Aleya kehilangan keupayaan menggunakan tangan kanannya, sekali gus mempertemukan mereka kembali.
Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, kesungguhan serta keikhlasan Aizril menjaga Aleya perlahan-lahan menyalakan semula perasaan cinta dalam diri wanita itu.
Ketika hubungan mereka kembali pulih, dugaan besar melanda apabila perniagaan milik Syed Abbas berada di ambang kejatuhan akibat masalah kewangan.
Dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan syarikat keluarga, Aizril berhadapan dilema apabila Sharifah Azreen sanggup menjadi isteri kedua.
Aizril cuba memujuk Aleya agar menerima keputusan berpoligami, namun Aleya tetap teguh dengan prinsipnya dan memilih untuk menamatkan perkahwinan mereka.





