Saksikan drama Anugerah Tanpa Cahaya yang akan mula ditayangkan pada 16 Mac 2026. Bersiaran setiap Isnin dan Selasa menerusi platform Tonton. Boleh strim di laman web atau aplikasi mobile.
Drama 10 episod ini merupakan arahan Amor Rizan, nukilan skrip dariapda Naza Manas dan diterbitkan oleh produksi Anomali Media And Production.
Episod : 10
Tayangan : Tonton
Tarikh : Mulai 16 Mac 2026 (Isnin – Selasa)
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Anomali Media And Production

OST Drama
Lagu : Sedikit Waktu
Penyanyi : Imran Ajmain
Komposer : Alfie Alwai
Penulis Liirk : Shah Shamshiri
Barisan Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama Anugerah Tanpa Cahaya seperti Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan, Hafeez Mikail, Zairi Aziz sebagai Zazzleen Zulkafli.
Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Sharifah Farhana, Nelissa Emielda, Mon Rasli, Mutalib Mubin, Maya Jaafar, Dina Allysha, Eyda Rahman, Yana Yusof dan ramai lagi.
- Puteri Balqis sebagai Husna
- Azhan Rani sebagai Bahar
- Amyza Aznan sebagai Tijah
- Hafeez Mikail sebagai Zafran
- Zairi Aziz sebagai Ehsan
- Zazzleen Zulkafli sebagai Hamidah
- Sharifah Farhana sebagai Aishah
- Nelissa Emielda sebagai Fida
- Mon Rasli sebagai Ilyas
- Mutalib Mubin sebagai Lupi

Sinopsis Drama Anugerah Tanpa Cahaya
Drama Anugerah Tanpa Cahaya mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Tijah dan Bahar, yang telah lama mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.
Walaupun berdepan kesedihan kerana sukar menimang cahaya mata, hubungan mereka tetap kukuh kerana kasih sayang yang terjalin antara keduanya tidak pernah luntur.
Suatu hari, kehidupan mereka berubah apabila seorang bayi hadir dalam hidup mereka dan membawa sinar kebahagiaan yang selama ini dinantikan.
Bayi tersebut dibesarkan dengan penuh kasih, pengorbanan serta perhatian seperti anak sendiri. Tahun demi tahun berlalu, anak itu membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak, ceria dan membanggakan keluarga.
Namun apabila meningkat remaja, sikapnya mula berubah. Dia menjadi semakin memberontak dan menunjukkan tingkah laku yang tidak pernah disangka oleh Tijah dan Bahar. Perubahan itu sekali gus menguji kekuatan keluarga tersebut.
Kini, mereka terpaksa berdepan pelbagai cabaran yang tidak dijangka dalam kehidupan. Setiap peristiwa yang berlaku membawa mereka semakin hampir kepada pelbagai rahsia, pilihan hidup serta kebenaran yang selama ini tersembuny





