Drama Baby Papa Di Tonton

Sebuah drama terbaru berjudul Baby Papa yang dibawa secara eksklusif untuk semua penonton di platform penstriman Tonton mulai 24 Jun ini.

Sebuah kisah kekeluargaan tentang kasih sayang seorang anak dan papa nya yang mengharungi kehidupan seharian tanpa kasih ibu disisi.

baby papa

Sinopsis Drama Baby Papa

Telefilem Baby Papa mengisahkan tentang Alisha yang perlu menghadapi pelbagai pengalaman mencabar dan melucukan apabila menemani bapanya yang mengalami kemurungan ke Kuala Lumpur.

Semua ini untuk memenuhi hasrat nenek Alisha yang telah meninggal dunia yang mahukan mereka bertemu dengan ibu Alisha. Namun, ketibaan mereka menimbulkan banyak isu baru.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama Baby Papa ini seperti Faizal Hussein, Silfeny Isman, Kirana Batrisyia, Emelda Rosemula, Dato’ Fizz Fairuz, Fauziah Nawi dan Nina Nadira.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelakon Raja Azmi, Zaryn Min, Zuraini Kassim, Azman Jantan, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Razak Ahmad, Jay Iswazir, Sefik, Danish Iskandar dan ramai lagi.

Advertisements
  • Faizal Hussein sebagai Didie
  • Silfeny Isman sebagai Cikgu Atikah
  • Kirana Batrisyia sebagai Alesya
  • Emelda Rosemula sebagai Rosie
  • Dato’ Fizz Fairuz sebagai Saari
  • Fauziah Nawi sebagai Tok Mak
  • Nina Nadira sebagai Cikgu Anisah
  • Raja Azmi sebagai Nek Kiah
  • Farah Ahmad sebagai Mak Mah

Produksi & Pengarah

Drama 20 episod ini merupakan arahan Bahri Uma Bajuri, idea asal merangkap penulis skrip daripada Pouvin dan Tommy Loh serta diterbitkan oleh syarikat produksi Sha’s Media Sdn. Bhd.

baby papa

Lagu OST

Tajuk Lagu : Baby Papa
Penyanyi : Pendekar & adik Marsha
Komposer : Huzaimy Basir
Penulis Lirik : Aliff Hassan

Waktu Bersiaran

Saksikan drama Baby Papa yang akan mula bersiaran mulai 24 Jun 2024 secara eksklusif hanya di Tonton. Boleh menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Leave a Comment