Drama Bunga Salju Di Astro Ria (Slot Tiara)

Selepas tamatnya Malang Si Puteri, Astro bawakan sebuah lagi drama terbaru berjudul Bunga Salju yang akan menemui penonton mulai 20 Mei ini iaitu menerusi slot Tiara di Astro Ria.

Sebuah drama konflik dengan menampilkan gandingan Hisyam Hamid, Amyra Rosli bersama Hariz Hamdan yang merupakan antara teraju utama sepanjang penceritaan.

bunga salju

Sinopsis Drama Bunga Salju

Drama Bunga Salju mengisahkan tentang Azizi iaitu seorang autism yang perfeksionisme telah jatuh cinta dengan Qaisara, pekerja cafe.

Qaisara yang terpaksa mengahwini Azizi, lelaki autistic demi memenuhi kehendak kekasih hatinya, Farouk untuk mendapatkan harta Azizi.

Adakah perkahwinan ni mampu bertahan di atas penipuan ini. Namun segalanya berubah apabila Azizi enggan menceraikannya. Apa akan terjadi?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Hisyam Hamid, Amyra Rosli, Hariz Hamdan, Syad Mutalib, Zul Huzaimy, Hasnul Rahmat, Ziema Din, Zarina Zainoordin dan Syed Irfan.

Selain itu, terdapat juga pelakon lain terlibat antaranya Mior Hashim Manap, Esma Daniel, Shatrah Amanda, Erynn Abdullah, Ooi Liang Chia, Emelda Rosemila, Hafiz Halim, Juhara Ayob, Mandy Chong, Arabella dan ramai lagi.

Advertisements
  • Hisyam Hamid sebagai Azizi
  • Amyra Rosli sebagai Qaisara
  • Hariz Hamdan sebagai Farouk
  • Syad Mutalib sebagai Ekin
  • Zul Huzaimy sebagai Abang Zul
  • Hasnul Rahmat sebagai Tuan Ishak
  • Ziema Din sebagai Fatimah
  • Zarina Zainoordin sebagai Kak Ila
  • Syed Irfan sebagai Budi
bunga salju

Produksi & Pengarah

Drama 40 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan Ejump Mohd, nukilan skrip daripada AKmal Firul bersama Panel Skrip MIG dan diterbitkan oleh syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Bunga Salju yang akan menemui penonton mulai 20 Mei 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria (saluran 104).

Selain itu, bagi yang tiada Astro, anda boleh tonton secara striming menerusi platform Sooka sama ada di website atau aplikasi mobile. Boleh langgan dengan harga bermula RM13.90 sebulan.

Leave a Comment