Saksikan drama Di Sebalik Jubah yang akan menemui penonton mulai 22 Januari 2026, bersiaran setiap Isnin dan Khamis secara eksklusif di platform penstriman Tonton. Boleh tonton secara percuma.
Drama 8 episod ini merupakan terbitan produksi Anomalous Film, diarahkan oleh Syed Fariz dan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Fairul Nizam dan penulis Anomalous
Episod : 8
Tayangan : Tonton
Tarikh : Mulai 22 Januari 2026 (Isnin & Khamis)
Penulis Skrip : Syed Fariz, Fairzul Nizam, Anomalous Writers
Pengarah : Syed Fariz
Produksi : Anomalous Film

OST Drama
Tajuk : Penipu
Penyanyi : Daiyan Trisha
Komposer : Daiyan Trisha, Ernie Zakri, John Jeeves
Penulis Lirik : Daiyan Trisha, Ernie Zakri, John Jeeves
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama Di Sebalik Jubah ialah Daiyan Trisha, Azira Shafinaz, Nafiz Muaz, Ibad Yaala, Nadia Aqilah, Baizura Kahar, Susan Lankester, Azman Hassan dan ramai lagi.
- Daiyan Trisha sebagai Aminah
- Azira Shafinaz sebagai Layla
- Nadia Aqilah sebagai Puan Talha
- Susan Lankester sebagai Puan Aisyah
- Azman Hassan sebagai Encik Amir

Sinopsis Drama Di Sebalik Jubah
Drama Di Sebalik Jubah mengisahkan tentang Layla dan Amina, dua beradik pempengaruh Islamik yang menjadi sanjungan ramai kerana imej mereka sebagai lambang kebaikan serta sifat pemurah.
Berpenampilan berjubah dengan aura kesucian, mereka menerajui Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya menambat kepercayaan masyarakat dan menggerakkan ribuan pengikut untuk menyumbang melalui pelbagai kempen derma.
Namun, di sebalik kejayaan mengumpul dana dalam jumlah besar, timbul tanda tanya apabila sebahagian sumbangan didapati tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya, sebaliknya disalahgunakan demi kepentingan peribadi.
Kecurigaan semakin memuncak apabila Rashid, seorang dermawan muda yang pada awalnya mengagumi perjuangan mereka, mula mempersoalkan ketelusan projek-projek kebajikan tersebut.
Dengan bantuan Rashid, rahsia demi rahsia terbongkar, menguji kepercayaan orang ramai dan menggoncang hubungan dua beradik itu apabila kebenaran akhirnya tidak lagi dapat disorokkan.
Sumber : aimanstory.com





