Drama Dulu Dollah Daebak Di TV3

Selepas Nuh & Layla, sebuah drama terbaru berjudul Dulu Dollah Daebak akan menemui penonton mulai 8 Ogos 2024 menerusi slot Akasia di TV3.

Drama dengan genre romantik komedi ini buat pertama kali menampilkan gandingan Sean Lee bersama influencer cantik, Sharifah Rose sebagai teraju utama.

Sinopsis Drama Dulu Dollah Daebak

Drama Dulu Dollah Daebak mengisahkan tentang antara pasangan Dollah dan Dolli. Kisah bermula apabila Dolli membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia selepas lebih tujuh tahun menetap di Australia sejak dari zaman sekolah hinggalah sudah bekerja.

Ibu Dolli iaitu Shima menyarankan Dolli pulang ke kampung untuk berehat sebulan dua sebelum kembali mencari pekerjaan baru di Kuala Lumpur.

Namun, Dolli menolak, enggan pulang ke kampung kerana dalam masa yang sama Dolli mempunyai matlamat lain iaitu untuk menjejaki kawan sekolahnya, Dollah.

Dollah dan Dolli merupakan kawan yang akrab sewaktu di zaman persekolahan, tetapi persahabatan mereka terputus setelah Dollah menyambung pelajarannya ke luar negara.

Sebagai tanda persahabatan Dollah pernah memberi hadiah berupa ‘keychain’ kepada Dolli. Dolli menyimpan pemberian Dollah itu sehingga kini kerana menganggap hadiah tersebut sangat istimewa baginya.

Dolli sering tertanya-tanya di manakah keberadaan Dollah dan apa yang telah berlaku kepada Dollah dan keluarganya ketika beliau berada di luar negara.

Sekembalinya Dolli ke tanah air, beliau berjaya mendapatkan pekerjaan yang bagus di sebuah syarikat. Tanpa disangka, Dolli bekerja dibawah satu bumbung dengan Dollah.

Menambahkan keharuan apabila Dolli merupakan bos kepada Dollah. Namun Dolli tidak perasan akan Dollah kerana penampilan Dollah yang kelihatan sangat berbeza dari yang beliau pernah kenali.

Malah Dolli tidak putus asa dan masih meneruskan pencariannya walaupun Dollah sebenarnya berada di depan matanya.

Namun sebaliknya bagi Dollah. Beliau mengenali Dolli tapi mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana malu dengan penampilan beliau sekarang.

Tambahan dia sering dibuli di pejabat termasuk oleh rakan sepejabat mereka, Risya. Namun, Dollah menjadi tidak keruan dan rasa tercabar apabila rakan sekerja Dolli, Fattah mula merapati dan menunjukkan minat serta cuba untuk memenangi hati Dolli.

Advertisements

Mampukan Dollah terus menerus menyembunyikan identitinya? Berapa lamakah masa yang diambil untuk Dolli menyedari bahawa dia sudah menemui Dollah? Dapatkah Dollah dapat meluahkan perasaannya terhadap Dolli? Adakah perasaannya dibalas Dolli?

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama terbaru ini seperti Sean Lee, Sharifah Rose, Riena Diana, Katalina, Farez Ridzwan, Sazrin Aizul, Syazuwan Hassan, Kitt Poon, Amyza Aznan, Norish Karman, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

  • Sean Lee sebagai Dollah/Affan
  • Sharifah Rose sebagai Dolli/Dura
  • Amyza Aznan sebagai Shima
  • Riena Diana sebagai Risya
  • Syazuwan Hassan sebagai Fattah
  • Norish Karman sebagai Roha
  • Kenji Sawahi sebagai Jamil
  • Afifah Nasir sebagai Zara
  • Sazrin Aizul sebagai Kamal
  • Farez Ridzwan sebagai Ray
  • Zizan Nin sebagai Syamsul

Produksi & Pengarah

Drama 20 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, nukilan skrip daripada Wan Mahani dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu : With You
Penyanyi : Aqmal Ramdan
Lirik : Omar K
Komposer : Omar K

Waktu Bersiaran

Saksikan drama Dulu Dollah Daebak yang akan menemui penonton mulai 8 Ogos 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaar, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Selain itu, penonton juga boleh strim secara online episod baru, 24 jam lebih awal daripada tayangan di tv menerusi platform Tonton secara percuma.

Leave a Comment