Jangan lupa saksikan drama terbaru Khianat Yang Terpilih yang akan menemui anda bermula 26 Februari 2026. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.
Selain tayangan di TV3, anda juga boleh strim langsung daripada platform Tonton pada waktu yang sama. Manakala anda boleh strim sejurus selepas tamat tonton di tv3 menerusi platform iQIYI.
Drama 30 episod yang menggantikan Di Sebalik Jubah ini merupakan arahan Ejump Mohd, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh produksi Mache All Star United Sdn. Bhd.
BACA JUGA : Drama Di Sebalik Jubah – Tayangan, Senarai Pelakon & Sinopsis
Episod : 30
Tarikh : Mulai 26 Februari 2026 (Isnin – Jumaat)
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Masa : 7.00 PM
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Ben Amir, Puteri Aishah, Amyra Rosli, Ikmal Amry, Erin CTJ, Syefikk, Balkisyh Semundur Khan, Zarrin Nuqman, Nor Albaniah Raffie, Fadilah Mansor, adik Falisha Naira dan ramai lagi.
- Ben Amir sebagai Ali
- Puteri Aishah sebagai Asmida
- Amyra Rosli sebagai Waheeda
- Ikmal Amry sebagai Fahim
- Syefikk sebagai Badri
- Erin CTJ sebagai Nadia
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Maksu Tina
- Fadilah Mansor sebagai Hajjah June
- Adik Falisha Naira sebagai Afeeya
Sinopsis Drama Drama Khianat Yang Terpilih DI TV3
Drama Khianat Yang Terpilih mengisahkan tentang Ali dan Asmida, dua individu yang pernah menyemai cinta sejak zaman mereka menuntut di universiti.
Namun hubungan yang terjalin itu tidak berkekalan apabila mereka terpaksa membawa haluan masing-masing. Peredaran masa akhirnya menemukan mereka dengan pasangan hidup yang berbeza.
Kini, Ali menjalani kehidupan sebagai suami kepada Waheeda serta bapa kepada seorang anak perempuan bernama Afeeya yang sedang berdepan masalah speech delay.
Dalam pada itu, Asmida pula mendirikan rumah tangga bersama Fahim. Walaupun pada luarnya kelihatan sempurna, perkahwinan mereka sebenarnya dipenuhi keretakan kecil yang semakin lama semakin membebankan hubungan tersebut.

Takdir sekali lagi menemukan Ali dan Asmida apabila Ali mengambil keputusan untuk menjaga Afeeya sepenuhnya dan menghantarnya belajar di sekolah tempat Asmida bertugas sebagai guru.
Pertemuan yang pada mulanya sekadar kebetulan itu akhirnya menghidupkan kembali perasaan lama yang pernah mereka kongsi suatu ketika dahulu.
Sejak saat itu, kisah mereka mula menjadi semakin rumit. Perasaan yang kembali berputik bukan sahaja menguji hati Ali dan Asmida, malah turut memberi kesan kepada pasangan masing-masing.
Konflik yang tercetus akhirnya melibatkan empat insan yang masing-masing terperangkap dalam dilema perasaan, kesetiaan dan pilihan hidup.





