Table Of Content
TV3 bawakan sebuah lagi drama terbaru berjudul Lelaki Melayu Terakhir yang akan menemui penonton mulai 5 Ogos 2024 yang disiarkan menerusi slot Samarinda di siaran tv tersebut.
Pastinya ramai yang merindui lakonan Fattah Amin dalam dunia drama tv. Kini beliau kembali dan akan digandingkan dengan seorang pelakon wanita iaitu Wanna Ali buat kali pertama.
Sinopsis Drama Lelaki Melayu Terakhir
Drama Lelaki Melayu Terakhir mengisahkan tentang Jazlan yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.
Manakala, Kasih, seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.
Alawiyah, Ibu Jazlan, dan Khatijah, Ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.
Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.
Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah.
Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.
Pelakon Dan Watak
Selain Fattah dan Wanna, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Datin Seri Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Fazilan Ahmad Daud, Nabil Aqil, Zarul Imran dan ramai lagi.
- Fattah Amin sebagai Jazlan
- Wanna Ali sebagai Kasih
- Umie Aida sebagai Alawiyah
- Liza Abdullah sebagai Khatijah
- Nabil Aqil sebagai Jazlee
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Habsah
- Heliza Helmi sebagai Fatimah
- Hazwani Helmi sebagai Aisyah
Produksi & Pengarah
Drama siri 26 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan Amor Rizan, nukilan skrip daripada Eirma Fatima dan diterbitkan oleh syarikat produksi Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Lelaki Melayu Terakhir, mulai 5 Ogos 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
Selain itu, penonton juga boleh tonton secara striming di platform penstriman Tonton untuk 24 jam lebih awal bagi setiap episod berbanding siaran tv.