Jangan lupa untuk saksikan drama terbaru Mencari Isteri Sempurna yang akan menemui penonton mulai 9 Februari 2026. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima.
Selain itu, drama yang bakal menggantikan Setiaku Berdiri ini turut boleh disaksikan secara online dengan strim menerusi platform Sooka sama ada di https://sooka.my/ atau aplikasi mobile.
Drama 60 episod ini merupakan arahan Hadith Omar, nukilan skrip daripada Script Factory Studio dan diterbitkan oleh produksi iFAME (iFabulous Art Media & Event).
Episod : 60
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima
Tarikh : Mulai 9 Februari 2026 (Isnin – Jumaat)
Masa : 6.00 PM
Penulis Skrip : Script Factory Studio
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : iFAME

OST Drama
Tajuk Lagu : Mahal
Penyanyi : Idayu, Iskandar Ismail
Komposer : Farouk Roman
Penulis Lirik : Adrianna Cinta
Barisan Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Redza Rosli, Zara Zya, Sherry Ibrahim, Cahaya Nilam, Wan Raja, Husna Mustaffa, Nafiez Zaidi dan Badron Munirah.
Selain itu, terdapat juga pelakon seperti Fazlina Ahmad Daud, Yusuf Bahrin, Jihaa Sham, Rusdi Ramli, Azleyna, Khaty Azian, Aaron Khalish dan ramai lagi.
- Redza Rosli sebagai Reza
- Zara Zya sebagai Zara
- Sherry Ibrahim sebagai Syifa Unita
- Cahaya Nilam sebagai Ayu Fatimah
- Wan Raja sebagai Lokman
- Husna Mustaffa sebagai Ria
- Nafiez Zaidi sebagai Rafi

Sinopsis Drama Mencari Isteri Sempurna
Drama Mencari Isteri Sempurna mengisahkan tentang Ustaz Reza, seorang lelaki yang dibesarkan dalam keluarga yang kelihatan serba lengkap, tekad mencari pasangan hidup yang memenuhi definisi kesempurnaan versinya.
Namun, tanpa disedari, perjalanan yang ditempuhinya semakin jauh menyimpang daripada impian yang dikejar.
Usaha itu menemukan Reza dengan Syifa, seorang wanita matang yang telah bergelar ibu kepada Zara, gadis pintar dengan tutur kata yang pedas, serta Ayu, seorang anak muda dalam lingkungan usia 20-an yang keras memberontak.
Pertemuan-pertemuan ini akhirnya menguji prinsip, kepercayaan dan makna sebenar kesempurnaan dalam hidup Reza.





