Drama Pewaris Cinta Di Astro Ria

Minggu ini, Astro akan mula menayangkan sebuah drama terbaru berjudul Pewaris Cinta yang akan menggantikan drama Jangan Lupa Janji menerusi slot Taira.

Sebuah drama yang penuh dengan emosi ini menampilkan lakonan Rita Rudaini, Fezrul Khan, Fauziah Latiff, Kartina Aziz dan ramai lagi.

pewaris cinta

Sinopsis Drama Pewaris Cinta

Pewaris Cinta mengisahkan tentang Rosemira yang terdesak mencari cucu lelakinya untuk mewarisi empayar syarikat miliknya setelah mengetahui yang dia menghidap kanser tahap 4.

Dylea yang merupakan seorang gadis angkuh nekad untuk mencari pewaris Rosemira walaupun tidak mengetahui identiti lelaki tersebut.

Pencarian tersebut telah menemukan Dylea dengan Zaheem iaitu seorang pemuda kampung yang hidup sederhana bersama anak lelakinya, Iman.

Namun, pencarian itu telah membuka ruang dendam, amarah, ketamakan dan kerasukan Anita hingga menyingkap rahsia gelap keluarga Rosemira.

Barisan Pelakon

Drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Fezrul Khan, Kash Haiqal, Kartina Aziz, Fauziah Latiff dan Jabir Meftah.

Selain itu, terdapat juga nama-nama seperti Mas Anizan, Zamarul Hisyam, Mubarak Majid, Rosnah Johari, Bima Samudra, Purti Dellyna dan ramai lagi.

pewaris cinta

Watak Lakonan

Rita Nadira sebagai Dylea
Fezrul Khan sebagai Zaheem
Fauziah Latiff sebagai Anita
Kartina Aziz sebagai Rosemaria
Kash Haiqal sebagai Iman
Jabir Meftah sebagai Dhani
Mas Anizan sebagai  Laila
Bima Samudra sebagai Farihin
Zamarul Hisham sebagai Zahiril
Mubarak Majid sebagai Adnan
Rosnah Johari sebagai Khadijah
Putri Dellyna sebagai Ivy

Advertisements

Produksi & Pengarah

Drama 35 episod ini merupakan arahan sutrada Emi Suffian dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu : Mencintaimu
Penyanyi : Fauziah Latiff
Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Rozi Abdul Razak dan Marr Mohamad

Waktu Bersiaran

Saksikan drama Pewaris Cinta mulai 22 Januari 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria 104 dan Astro Go secara online

Info Penuh Drama

Episod : 25
Bersiaran : Slot Tiara di Astro Ria
Tarikh : 22 Januari 2023 (Isnin-Jumaat)
Waktu : 6.00 Petang
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment