Table Of Content
Jangan lupa saksikan drama Putri Anda Phrince yang akan mula ditayangkan pada 21 Ogos 2025, setiap hari Khamis dan Jumaat secara eksklusif hanya di penstriman Viu. Strim di www.viu.com atau di aplikasi mobile.
Episod : 12
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 21 Ogos 2205 (Khamis – Jumaat)
Pengarah : Liyana Jasmay
Penerbit : Mermaid Studios

Barisan Pelakon & Watak
Berikut antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Nesa Idrus, Badron Munirah, Adriana Adnan, Nik Rafaie, Khayrisyah Kemal, Fara Nadiah, Farihin Arnia, Marsha Biddulph, Aaliyah Natasha dan ramai lagi.
- Nesa Idrus sebagai Putri
- Badron Munirah sebagai Phrince Rahadian
- Adriana Adnan sebagai Cik Aisha
- Aaliyah Natasha sebagai Sophea
Sinopsis Drama Putri And Phrince
Drama Putri & Phrince mengisahkan tentang Putri Jasmine Dzulkarnain yang menjadi sasaran buli oleh pelajar paling popular, Erica Dato’ Harris di Institut Kasturi, sebuah sekolah kluster berprestasi tinggi.
Bertekad untuk melawan, Putri mencipta identiti rahsia di media sosial bernama @KarmaKween untuk membongkar sisi gelap golongan elit sekolah itu, bermula dengan Erica.
@KarmaKween meraih populariti begitu cepat dan membuat semua orang mula menunggu gosip terbaru (asalkan bukan gosip mengenai mereka).
Dalam masa yang sama, Putri mula mengecap populariti di sekolah dengan bantuan sahabat karibnya, Lola dan pelajar baharu yang kacak dan menjadi rebutan, Phrince.
Namun, setiap rahsia yang dibongkarkan datang dengan harga, terutamanya apabila Aidil, seorang pelajar yang berpegang teguh pada prinsip moral, mengubah keadaan dengan agendanya sendiri.
Putri & Phrince adalah kisah tentang cita-cita, persaingan dan penipuan yang bakal membawa penonton ke dalam dunia media sosial yang sentiasa berubah dan dilema moral remaja dengan pertanyaan: Sejauh mana anda sanggup buat untuk melindungi imej anda?