Table Of Content
Saksikan drama terbaru berjudul Santau Perempuan Terlarang yang akan mula bersiaran pada 18 Disember 2025, setiap hari Isnin dan Khamis menerusi platform Tonton. Boleh strim di laman portal atau aplikasi mobile.
Drama seram thriller Tonton Original ini merupakan arahan Faizal Nadxaman, nukilan skrip daripada Lee Chonz dan diterbitkan oleh syarikat Zeel Production Sdn. Bhd.
Episod : 10
Tayangan : Tonton Original
Tarikh : Mulai 18 Disember 2025 (Isnin & Khamis)
Idea Asal : Hj. Zeel
Penulis Skrip : Lee Chonz
Pengarah : Faizal Nadxaman
Penerbit : Zeel Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Antara nama-nama bintang yang terlibat dalam Santau Perempuan Terlarang seperti Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Marc Sadique, Lydiawati dan ramai lagi.
- Emma Maembong sebagai Sapora
- Nabil Aqil sebagai Iqbal
- Fadlan Hazim sebagai Ako
- Farid Kamil sebagai Zakuan
- Hanna Aqeela sebagai Maria
- Azri Iskandar sebagai Pendeta
- Marc Sadique sebagai Mat Propa
Sinopsis Drama Santau Perempuan Terlarang
Drama Santau Perempuan Terlarang mengisahkan tentang perjalanan hidup Iqbal, seorang pelakon yang telah lama bergelut mencari tempat dalam industri seni namun terus dipinggirkan walaupun berusaha tanpa henti.
Peluang uji bakat datang silih berganti, namun nasibnya tetap tidak berubah apabila watak utama yang diidamkan sekali lagi berpihak kepada Ako Danial, bintang popular yang sering menjadi pilihan penerbit.
Tekanan kerjaya yang tidak menentu turut memberi kesan kepada kehidupan peribadinya apabila hubungan dengan tunangnya, Maria, semakin renggang dan dibayangi konflik emosi.
Ketika Iqbal berada di ambang keputusasaan, rakannya Maman mencadangkan agar dia berjumpa dengan seorang wanita bernama Sapora, yang dipercayai memiliki kelebihan merawat dan ‘membersihkan aura’ melalui amalan tradisional.
Sapora tampil sebagai sosok wanita yang memikat dengan tutur kata yang lembut serta sikap prihatin, menyebabkan ramai mudah mempercayainya.
Seiring kekerapan pertemuan mereka, hidup Iqbal mula berubah secara mendadak, seolah-olah segala impian yang sekian lama diharapkan kini semakin hampir menjadi kenyataan.
Namun di sebalik perubahan tersebut, timbul persoalan tentang rahsia sebenar Sapora dan kaedah yang digunakannya. Tanpa disedari, Iqbal mungkin sedang melangkah masuk ke dalam perangkap halus yang perlahan-lahan menjerat dirinya.





