Table Of Content
Tidak cukup dengan Mitos Cinta Akira dan Abang Imam Minah Skuter, Viu bawakan satu lagi drama melayu tempatan berjudul Seadanya Kita yang akan mula temui penonton pada 7 Ogos 2025.
Drama 15 episod arahan Feroz Kader ini akan bersiaran menerusi platform penstriman Viu pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Jadi anda boleh strim menerusi laman web di www.viu.com/ atau aplikasi mobile.
Episod : 15
Striming : Viu Malaysia
Tarikh : Mulai 7 Ogos 2025 (Khamis & Jumaat)
Skrip : Liza Nur
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk : Berakhir Kita
Artis : Syamel
Komposer : Shazriq Azeman & Omar K
Penulis Lirik : Shazriq Azeman & Omar K
Pelakon & Watak
Berikut antara barisan pelakon yang membintangi drama Seadanya Kita seperti Emma Maembong, Mierul Aiman, Shahz Jaszle, Nelissa Nizam, Ara Johari, Kael Noh, Anas Ridzuan, Yasmin Hani dan ramai lagi.
- Emma Maembong sebagai Alani
- Mierul Aiman sebagai Kerol
- Shahz Jaszle sebagai Farouq
- Kael Noh sebagai Iqi
- Nelissa Nizam sebagai Neesa
- Ara Johari sebagai Maria
- Yasmin Hani sebagai Dato’ Sarah

Sinopsis Drama Seadanya Kita
Drama Seadanya Kita mengisahkan tentang Alani telah habiskan beberapa tahun untuk bina semula hidupnya selepas dikhianati.
Sebagai ibu tunggal, dia hanya fokus untuk besarkan anak lelaki kecilnya, Iqi, dan beri kasih sayang serta kehidupan yang stabil. Itu sesuatu yang dia sendiri tak pernah rasa masa dalam perkahwinan dulu.
Bila hidup mula rasa tenang, tiba-tiba muncul semula Farouq, bekas suami Alani. Dulu dia tinggalkan mereka, tapi sekarang dia nak kembali dan jadi sebahagian daripada hidup Iqi.
Dalam masa yang sama, muncul pula Kerol, seorang penyanyi rock muda yang pernah lalui zaman kanak-kanak yang sukar. Mereka berjumpa atas urusan kerja, tapi lama-lama Kerol mula rapat dengan Alani dan Iqi.
Tanpa Alani sedar, Kerol jadi semakin penting dalam hidup anaknya. Ini buatkan Alani keliru. Dia tak pasti sama ada patut beri peluang kedua kepada Farouq, atau terus lindungi Iqi daripada kecewa lagi. Pada masa yang sama, dia juga mula rasa sesuatu terhadap Kerol yang tak dijangka.
Kini, Alani perlu buat pilihan. Dia perlu berdepan semula dengan luka lama yang disangka dah sembuh, demi masa depan Iqi dan dirinya sendiri.
Sumber : kongsilah.my