Table Of Content
Saksikan drama Seindah Hujan Cinta yang akan menemui penonton mulai pada 4 September 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan online Tonton.
Drama 28 episod ini pada awalnya terlebih dahulu telah ditayangkan menerusi platform Tonton pada Julai yang lalu. Kini tiba peluang untuk anda menyaksikannya menerusi tayangan di tv.
Seindah Hujan Cinta merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Qash Shazwani. Ianya merupakan arahan Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.
Episod : 28
Tayangan : Tonton Original
Tarikh : Mulai 4 September 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi Bahaudin
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk : Sampaikan Rindu
Artis : Ippo Hafiz
Komposer : Ippo Hafiz
Penulis Skrip : Ippo Hafiz
Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang membintangi drama ini ialah Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Normah Damanhuri, Shiela Mambo, Zulkifli Ismail, Fadilah Mansor, Amanda Misbun, Haidar Hasanudin, Amanda Tan dan ramai lagi.
- Nelydia Senrose sebagai Zarita
- Yusuf Bahrin sebagai Wassim
- Ezzanie Jasny sebagai Aneesa
- Hariz Hamdan sebagai Zamirul
- Normah Damanhuri sebagai Mak Yon
- Shiela Mambo sebagai Salmah
- Zulkifli Ismail sebagai Tuan Malim
- Fadilah Mansor sebagai Puan Zarina
- Amanda Misbun sebagai Kak Lang
- Haidar Hasanudin sebagai Putra
- Amanda Tan sebagai Tini
Sinopsis Drama Seindah Hujan Cinta
Drama Seindah Hujan Cinta mengisahkan tentang Zarita iaitu seorang influencer yang sudah 5 tahun berkahwin dengan Wassim. Namun kerana fokus pada kerjaya, dia belum bersedia untuk memiliki zuriat.
Berbeza pula dengan Wassim yang menginginkan seorang anak. Zarita dengan tegas menolak dan sebaliknya membenarkan Wassim untuk berkahwin lain.
Walaupun Wassim menolak, Zarita tetap berusaha mencari isteri kedua untuknya dan memilih adik angkat dan kawan baiknya sendiri, Aneesa. Pada mulanya, Aneesa dan Wassim sama-sama menolak, namun kerana desakan Zarita, Aneesa bersetuju menerima lamaran tersebut.
Masalah mula timbul apabila Zarita cemburu dengan kemesraan yang mula terjalin antara Aneesa dan Wassim serta bimbang sekiranya Aneesa hamil terlebih dahulu. Adakah perancangan Zarita ini memakan dirinya?
Sumber : kongsilah.my