Jangan lupa saksikan drama terbaru Sujud Terakhir Encik Norman yang akan mula ditayangkan pada 4 Februari 2026. Bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di Astro Ria.
Juga tersedia di platform penstriman Sooka. Anda boleh strim di laman web https://sooka.my/ atau aplikasi mobile.
Drama 28 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin serta haril penulisan daripada tuan pengarah sendiri.
Episod : 28
Bersiaran : Slot DramaVaganza Astro Ria
Tarikh : Mulai 4 Februari 2026 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 PM
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak
Drama Sujud Terakhir Encik Norman menampilkan gandingan 3 pelakon utama iaitu Sharifah Sakinah, Aidil Aziz bersama Trisha Ooi.
Mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Rykarl Iskandar, Zarra Shaff, Rasya Dean, Zalif Sidek, Ezu Hashim, Qazem Nor dan ramai lagi.
- Sharifah Sakinah sebagai Emma
- Aidil Aziz sebagai Encik Norman
- Trisha Ooi sebagai Alisa
- Rykarl Iskandar sebagai Umar
- Zarra Shaff sebagai Umaira
- Rasya Dean sebagai Aqish
- Zalif Sidek sebagai Hakim

Sinopsis Drama Sujud Terkahir Encik Norman
Drama Sujud Terakhir Encik Norman mengisahkan tentang Emma, seorang usahawan kosmetik yang bersikap dingin, yang hidupnya berubah sekelip mata apabila suaminya, Norman, disahkan terkorban dalam tragedi nahas kapal terbang.
Selepas pemergian Norman, Emma cuba bangkit dan meneruskan kehidupan, namun dikejutkan dengan rahsia besar apabila mengetahui suaminya sebenarnya mempunyai seorang lagi isteri serta anak-anak yang disembunyikan selama ini.
Keadaan menjadi lebih perit apabila Emma dipertanggungjawabkan untuk menjaga keluarga tersebut, lalu terbongkar kebenaran paling menyakitkan iaitu salah seorang daripada anak itu rupa-rupanya ialah darah dagingnya sendiri.
Dihimpit rasa kecewa dan kehancuran jiwa, Emma akhirnya memilih untuk kembali mendekatkan diri ke





