Drama Sumpah Ibuku Di TV3

Saksikan drama Sumpah Ibuku yang akan menemui penonton mulai 19 November 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Selain itu, anda juga boleh strim 24 jam lebih awal menerusi aplikasi iQIYI secara percuma.

Drama yang bakal menggantikan Seoul Cinta ini merupakan terbitan produksi Saphire Screen Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Riza Baharudin dengan penulisan skrip daripada Sophilea.

Episod : 20
Tayangan : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 19 November 2025 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Drama Sumpah Ibuku

OST Drama

Tajuk : Jeda Derita
Artis : Liza Hanim
Komposer : Tomok
Penulis Lirik : Fedtri Yahya

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Sumpah Ibuku seperti Izara Aishah, Remy Ishak, Liza Abdullah, Zara Zya, Syazwan Zulkifly, Syad Mutalib, Rahim Omar, Wilma Muhammad, Aleza Shadan, Ieda Moin, Mia Nasir dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Izara Aishah sebagai Husna
  • Remy Ishak sebagai Hadith
  • Zara Zya sebagai Syafikah
  • Liza Abdullah sebagai Che Yam
  • Syazwan Zulkifly sebagai Zaim
  • Syad Mutalib sebagai Nurul Iman
  • Rahim Omar sebagai Haji Zakaria

Sinopsis Drama Sumpah Ibuku

Drama Sumpah Ibuku mengisahkan tentang Husna, seorang ibu tunggal yang kembali menyulam bahagia bersama cinta lamanya, Hadith.

Namun, kedamaian itu tergugat apabila ibu mentuanya, Che Yam, menolak kehadiran Husna dan berusaha memisahkan mereka.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Che Yam berpakatan dengan Syafiqah untuk menghancurkan rumah tangga pasangan tersebut melalui pelbagai fitnah.

Tertekan dengan keadaan, Husna pulang ke kampung dan di sana dia bertemu Nurul Iman, yang kemudian membantunya membongkar segala perbuatan jahat Che Yam dan Syafiqah.