Table Of Content
Saksikan drama Susuk Rupawan yang akan mula ditayangkan pada 7 Januari 2026, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3. Juga tersedia secara online di Tonton.
Drama misteri serama 8 episod ini merupakan arahan Amor Rizan, nukilan skrip daripada Liza Nur dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.
Episod : 8
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 7 Januari 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak Lakonan
Antara nama-nama yang terlibat dalam drama Susuk Rupawan ialah Adam lee, Cahaya Nilam, Darien Aeldra, Dato’ Seri Shahrezza, Watie Sadali, Jasmin Hamid, Monrasli, Suehada dan ramai lagi.
- Adam lee sebagai Zakri
- Cahaya Nilam sebagai Dewi/Nazimah
- Darien Aeldra sebagia Fadil
- Dato’ Seri Shahrezza sebagai Halim
- Watie Sadali sebagai Mala
- Jasmin Hamid sebagai Nazimah (Tua)
Sinopsis Drama Susuk Rupawan
Drama Susuk Rupawan mengisahkan tentang seorang penari tradisional dari Johor berusia dalam lingkungan 20-an, Dewi, yang berhijrah ke Kuala Lumpur dengan niat tersembunyi yang penuh rahsia.
Dewi menyewa di rumah milik arwah Adli dan mula mendekati Fadil, sebelum menggunakan hubungan itu sebagai laluan untuk menghampiri Zakri, cucu kepada Tan Sri Halim.
Di sebalik sikap lemah lembut serta wajah jelita Dewi, tersembunyi perancangan licik yang telah lama disusun.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila Dewi berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan Mala, sekali gus mencetuskan pelbagai kejadian mistik yang mengganggu ketenteraman rumah tersebut.
Keretakan demi keretakan mula menghantui keluarga elit itu sehingga terbongkar kebenaran bahawa Dewi sebenarnya adalah Nazimah, mangsa kezaliman Tan Sri Halim yang kembali dengan wajah muda melalui amalan ilmu hitam dan susuk.
Apabila Fadil berhadapan dengan hakikat yang menyakitkan, dia cuba menyelamatkan keluarganya daripada terus terjerumus ke dalam kehancuran. Namun segalanya seolah-olah sudah terlambat apabila satu demi satu tragedi meragut segalanya.





