Table Of Content
Jangan lupa saksikan drama berjudul Walid yang akan menemui penonton mulai 26 Februari 2026 yang ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu. Boleh strim di laman web https://www.viu.com/ atau aplikasi mobile.
Drama 12 episod yang merupakan sambungan daripada Bidaah ini merupakan arahan Pali Yahya, nukilan skrip dariapda Erma Fatima dan diterbitkan oleh syarikat produksi Rumah Karya Citra.
Episod : 12
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 26 Februari 2026 (Khamis – Jumaat)
Penulis Skrip : Erma Fatima
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Rumah Karya Citra

Pelakon & Watak
Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang terliba dalam drama ini seperti Faizal Hussein, Aqasha, Olla Ramlan, Datuk A Tamimi Siregar, Marisa Yasmin dan Vanidah Imran,
Selain itu, terdapat juga pelakon seperti Hasnul Rahmat, Ranea Ezreen, Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Fatiya Latiff, Malia Baby, Putra Amaris dan ramai lagi.
- Faizal Hussein sebagai Walid
- Aqasha sebagai Habiburrahman
- Olla Ramlan sebagai Raras Kartika
- Datuk A Tamimi Siregar sebagai Ustaz Fateh
- Marisa Yasmin sebagai Ummi Hafizah
- Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul
- Hasnul Rahmat sebagai Abi Saifullah
- Ranea Ezreen sebagai Dewi
- Riena Diana sebagai Baiduri
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsum
- Fatiya Latiff sebagai Masyitah
- Malia Baby sebagai Habibah
- Putra Amaris sebagai Anton
Sinopsis Drama Walid
Drama Walid mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Walid yang pernah menjadi ketua kepada sebuah ajaran sesat dikenali sebagai Jihad Ummah.
Selepas diburu oleh pihak berkuasa, Walid melarikan diri dan memilih untuk bersembunyi di kawasan pergunungan dengan harapan dapat membina semula pengaruh serta menghidupkan kembali gerakan yang pernah dipimpinnya.
Dalam usahanya untuk bangkit semula, Walid bertemu dengan Habiburrahman, seorang pendakwah yang kelihatan berkarisma dan penuh kata-kata hikmah.
Namun di sebalik keperibadian yang memikat itu, Habiburrahman sebenarnya menyimpan agenda tersendiri yang tidak diketahui oleh orang lain.
Kerjasama yang pada awalnya kelihatan saling menguntungkan akhirnya berubah menjadi persaingan tersembunyi.
Kedua-duanya mula berlumba-lumba untuk meraih kepercayaan, kesetiaan serta pengaruh dalam kalangan pengikut, sehingga mencetuskan konflik yang semakin tegang.

Di tengah-tengah pertelingkahan ini, muncul Ummi Hafizah, bekas isteri Walid yang berusaha keras untuk memperbetulkan keadaan dan mengembalikan ajaran yang sebenar.
Turut terlibat ialah Ustaz Fateh, bekas guru kepada Walid yang pulang dari Kaherah dengan harapan terakhir untuk menyelamatkan anak muridnya yang telah jauh tersasar daripada landasan kebenaran.
Pertemuan dan pertembungan antara mereka akhirnya menyingkap batas tipis antara ketaatan dan penipuan.
Konflik yang tercetus membawa kepada satu konfrontasi penuh emosi yang menguji ego, membuka ruang kepada keinsafan, serta menimbulkan persoalan tentang taubat dan peluang untuk penebusan diri.





