Table Of Content
Sebuah filem seram berjudul Misteri Fraser 1910 akan menemui penonton pada hujung bulan Jun ini dipawagam seluruh Malaysia. Jadi peminat filem genre ini jangan lupa untuk datang dan support filem tempatan.
Rasanya pasti ramai yang tahu akan salah satu destinasi pelancongan utama di Pahang iaitu di Bukit Fraser. Tapi disebalik itu sebenarnya tersingkap satu kisah mister lama dan kini ianya diangkat ke layar perak.

Sinopsis Filem Misteri Fraser 1910
Filem Mister Fraser 1910 mengisahkan tentang Louis James Fraser yang tiba dari Scotland pada 1890, membuka lombong bijih timah, membangunkan Bukit Fraser sebagai bandar elit, sebelum tiba-tiba hilang pada 1910.
Asan yang setia, mengambil alih tugas, namun kehidupan mereka berubah selepas berpindah ke banglo Fraser. Dari bisikan aneh, kelibat menyeramkan, hingga tragedi yang menguji kewarasan.
Pelakon & Watak
Berikut antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Josiah Hogan, Siti Hariesa, Amai Kamarudin, Isyariana, Erry Putra, Datuk Rahim Razali, A. Galak, Zulkifli Ismail, Anne Abdullah, Elani Aidid dan ramai lagi.
- Josiah Hogan sebagai Louis James Fraser
- Siti Hariesa sebagai Isyani
- Amai Kamarudin sebagai Asan
- Isyariana sebagai Wati
- Erry Putra sebagai Insp. Khalid
- Datuk Rahim Razali sebagai Asan tua

Produksi & Pengarah
Filem seram karya Elani Aidid ini merupakan arahan Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh syarikat produksi Millionaire Films Production.
Waktu Tayangan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Misteri Fraser 1910 dipawagam berhampiran dan diseluruh Malaysia mulai 26 Jun 2025 (Khamis) dan sehingga seterusnya.