Sebuah filem aksi berjudul Reeza GTR akan mula menemui penonton pada 17 Oktober 2024 yang mana ianya akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia termasuk di Brunei Darussalam.
Selain daripada mengetengahkan genre aksi yang bakal menaikkan adrenalin penonton yang menyaksikannya, filem ini juga turut membawakan elemen komedi dan romantik bagi menghangatkan lagi jalan cerita.
Sinopsis Filem Reeza GTR
Filem Reeza GTR mengisahkan pertemuan yang tidak dijangka bakal mengubah hidup seorang mekanik biasa. Cerita ini berkisar tentang Reeza iaitu seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja di bengkel stor lelongan kereta tarik.
Walaupun memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan, Reeza terpaksa akur dengan persaingan sengit dan peluang pekerjaan yang sangat terhad. Dengan usia yang semakin meningkat, Reeza hanya mampu mengimpikan seseorang yang akan menerima dirinya tanpa mengira status kerjanya.
Namun, kehidupannya berubah drastik apabila sebuah kereta yang ditariknya membawa satu kejutan besar. Ketika membuka bonet kereta tersebut, Reeza terkejut menemui seorang gadis cantik iaitu Myra yang menyorok di dalamnya.
Perwatakan Myra yang penuh misteri menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran Reeza. Siapakah sebenarnya gadis bernama Myra itu?
Pelakon & Watak
Antara barisan pelakon yang membintangi filem Reeza GTR seperti Alif Satar, Sofia Albarakbah, Noki K-Clique, Ropie, Yassin, Eizlan Yusof, Nelissa Nizam, Mas Anizan, Niezam Zaidi, Cat Farish, Man Raja Lawak dan ramai lagi.
- Alif Satar sebagai
- Sofia Albarakbah sebagai Myra
- Nelissa Nizam sebagai Marissa
- Noki K-Clique sebagai Andika
- Dato’ Sri Eizlan Yusof sebagai Ayah Eman
- Yassin sebagai Yoe
- Man Raja Lawak sebagai Bedal
Produksi Dan Pengarah
Filem ini mendapat sentuhan daripada pengarah terkenal Dr. Ahmad Idham serta diterbitkan dengan kerjasama produksi antara Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd. bersama Primeworks Studio sebagai pengedar dan rakan pemasaran.
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Reeza GTR yang akan mula ditayangkan mulai 17 Oktober 2024 (Khamis) dan seterusnya di pawagam seluruh Malaysia termasuk di Brunei.