Filem Takluk Lahad Datu Di Pawagam Mulai 22 Ogos Ini

Kita bakal disajikan dengan sebuah filem perjuangan perwira bangsa iaitu menerusi Takluk Lahad Datu dimana ianya dihasilkan dan diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku di negara ini.

Filem Takluk: Lahad Datu bakal menemui penonton mulai 22 Ogos 2024 secara rasmi di pawagam seluruh Malaysia. Ini pastinya dapat menggetarkan jiwa penonton, lagi-lagi ditayangkan sempena Bulan Kemerdekaan.

Takluk mengambil inspirasi daripada peristiwa sebenar iaitu berkaitan dengan krisis Pencerobohan Lahad Datu dimana berlaku pada tahun 2013.

Dalam peristiwa tersebut, seramai 10 wira negara terkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas. Sudah pastinya menjadi sejarah hitam untuk negara.

Sebagai tanda penghargaan kerana keberanian yang ditunjuk oleh perwira-perwira negara yang sanggup berkorban dan berjuang habis-baisan demi menjaga kedaulatan negara, kisah ini diangkat ke layar perak.

Sinopsis Filem Takluk Lahad Datu

Filem Takluk Lahad Datu yang diinspirasikan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 ini mengisahkan tentang Kumpulan Gagasan Militan Nusantara GMN yang dipimpin oleh Raja Iskandar memasuki kampung Batu Jugar.

PDRM menubuhkan pasukan pengurusan krisis dan berusaha melakukan rundingan damai untuk mengelakkan pertumpahan darah. Rundingan yang diketuai oleh Datuk Mizan.

Ketegangan meningkat apabila pasukan PDRM bertembung dengan militan GMN semasa memindahkan orang awam, menyebabkan rundingan dihentikan.

PDRM membuat kepungan dan menutup jalan keluar, diikuti dengan pertempuran sengit yang mengorbankan 2 anggota VAT 69 dan mencederakan anggota lain.

Pada hari berikutnya, serangan ke atas kampung air yang menyebabkan beberapa anggota PDRM terkorban dan tercedera.Operasi Takluk dilancarkan.

PDRM berjaya menyelamatkan anggota dan penduduk yang ditawan serta menumpaskan saki baki militan GMN, tetapi ahli tertinggi GMN masih terlepas dan Operasi Takluk diteruskan bagi membantera penceroboh GMN.

Advertisements

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Takluk Lahad Datu ini seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar, Adam Corrie Lee, Mustaqim Bahadon, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai DSP Zambri
  • Kamal Adli sebagai DSP Jai
  • Fikry Ibrahim sebagai Inspektor Saiful
  • Anding Indrawani sebagai DSP Maznan
  • Eman Manan sebagai Raja Iskandar
  • Riezman Khuzaimi sebagai SAC Datuk Mizan
  • Josiah Hogan sebagai SAC Kamal
  • Ayez Shaukat Fonseka Farid sebagai Samat
  • Fad Anuar sebagai Inspektor Alwi
  • Adam Corrie sebagai SAC Azizi
  • Mustaqim Bahadon sebagai DSP Edi
  • Zairulkefli Husin sebagai SAC Datuk Taufik
  • Nasir Jani sebagai Raja Imran

Produksi & Pengarah

Filem aksi perang ini merupakan arahan Zulkarnain Azhar, nukilan skrip daripada pengarah sendiri bersama Peter Toyat dan diterbitkan oleh syarikat produksi Multimedia Entertainmen bersama GSC, Astro dan SixFun Media.

OST Filem

Tajuk : Peluang
Penyanyi : Monalyssa
Komposert : Ball Monalyssa
Penulis Lirik : Moja Salim

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa dan jangan terlepas untuk saksikan filem Takluk Lahad Datu yang akan menemui penonton mulai 22 Ogos 2024 (Khamis) dan seterusnya di pawagam seluruh Malaysia.

Trailer Filem Takluk Lahad Datu

Leave a Comment