Table Of Content
Telefilem Irama Kita ditayangkan semula kepada penonton pada 6 Januari 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Selain itu boleh juga strim secara online di Tonton.
Karya ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. dengan arahan daripada Izuan Mokhtar, manakala skripnya dihasilkan melalui kolaborasi PGR’s Team, Rozie Rashid, Lizanur dan Chintanadessha.
Tayangan Asal : 2023
Tarikh : 6 Januari 2026 (Jumaat)
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : PGR’s Team, Rozie Rashid, Lizanur dan Chintanadessha
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon dan Watak
Telefilem Irama Kita menghimpunkan barisan pelakon popular dan berpengalaman seperti Fara Nadiah, Aiman Tino, Ahmad Adly, Kahoe Hon, Arena Wan, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Didie Alias, Angeline Tan, Catriona Ross serta ramai lagi.
- Aiman Tino sebagai Kef
- Fara Nadiah sebagai Izi
- Kahoe Hon sebagai Alvin
- Ahmad Adly sebagai Syafiq
- Arena Wan sebagai Raysha

Sinopsis Telefilem Irama Kita
Kisah ‘Irama Kita’ berteraskan perjalanan empat sahabat, Izi, Kef, Syafiq dan Alvin, yang berganding bahu menubuhkan sebuah kumpulan muzik bernama The Dreamers. Mereka berdepan pelbagai cabaran dalam usaha menjadikan muzik sebagai kerjaya, bukan sekadar hobi.
Izi merupakan anak kepada seorang ketua kampung yang mempunyai minat mendalam terhadap permainan dram, namun hasratnya ditentang oleh ayah yang mahukan dia tampil sebagai wanita sopan dan lemah-lembut.
Kef pula menerima sokongan bapanya untuk mendalami muzik, tetapi pada masa sama didorong untuk mengikut ibunya ke Amerika Syarikat, sesuatu yang berisiko memisahkannya daripada kumpulan The Dreamers.
Syafiq, seorang pemain gitar dan komposer berbakat, terpaksa bergelut dengan masalah kewangan keluarga yang tidak menentu.
Alvin yang sering kelihatan ceria dan tidak ambil berat rupa-rupanya menghadapi tekanan daripada ibunya yang menginginkan dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
Walaupun impian mereka dalam dunia muzik masih penuh ketidakpastian, pengalaman yang dilalui bersama telah mematangkan mereka serta membuktikan keikhlasan cinta terhadap seni.
Di persimpangan antara minat peribadi dan keizinan keluarga, persoalannya tetap sam dan mampukah mereka merealisasikan impian untuk berjaya dalam bidang muzik?





