Table Of Content
Saksikan telefilem Al Ikhlas yang akan bersiaran semula pada 5 September 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2012 ini merupakan arahan Raja Ahmad Aluddin, nukilan skrip daripada Mazelan Manan dan diterbitkan oleh produksi Enuja Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2012
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 5 September 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Nasir Bilal Khan, Lisdawati, Abu Bakar Omar, Fauziah Nawi, Sopi Jikan, Wan Suhaimi, Samat Sarkam, Zulkifli Moh Salleh dan ramai lagi.
- Nasir Bilal Khan sebagai Soleh
- Lisdawati sebagai Hanim
- Abu Bakar Omar sebagai Pak Ali
- Fauziah Nawi sebagai Mak Som
- Sopi Jikan sebagai Zaki
- Wan Suhaimi sebagai Hisyam
Sinopsis Telefilem Al Ikhlas
Telefilem Al Ikhlas mengisahkan tentang Solah, seorang yang sangat lurus dan baik hati. Keadaan Solah menyebabkan orang kampung sering mengambil kesempatan terhadapnya. Namun, bagi Solah dia hanya menjalan tugas dengan ikhlas.
Solah pernah berkahwin namun sejak isterinya meninggal, dia tinggal berseorangan ditemani dengan kucing-kucing kesayangannya. Dia juga sering berkunjung ke surau lama di kampungnya untuk beribadat.
Surau tersebut terletak di atas tanah yang telah diwakafkan oleh ayah Zaki, namun, apabila ayahnya meninggal dunia, Zaki ingin menjual tanah tersebut. Ramai yang tidak jadi membeli tanah tersebut kerana adanya surau di situ.
Zaki seringkali mendesak Pak Ali, ketua kampung supaya merobohkan surau tersebut supaya dia boleh menjual tanah namun Pak Ali enggan kerana surau tersebut telah diamanahkan oleh bapa Zaki kepadanya.
Dalam masa yang sama anak Pak Ali, mula menaruh hati semula kepada Solah selepas beliau diceraikan oleh suaminya. Tetapi ditentang oleh Pak Ali yang merasakan Solah gila dan tiada tujuan hidup.
Zaki juga mencuba berbagai cara memburukan si Solah dan berusaha mendapatkan pembeli untuk membeli tanah yang diwakafkan sebagai surau.
Di akhir cerita, Solah meninggal dunia dan telah meninggalkan wasiat dimana, separuh tanahnya di jual. Duit dari jualan digunakan untuk mendirikan surau di atas tanah yang separuhnya. Baki digunakan sebagai pembiayaan kelas fardu ain di surau tersebut.
Manakala Zaki pula terlibat dalam kemalangan selepas menjual tanahnya dan meninggal dunia.





