Table Of Content
Jangan terlepas untuk saksikan sekali lagi telefilem Along yang akan ditayangkan di kaca tv pada 6 Disember 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat STR8 Films Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan nukilan skrip daripada Azmy Ariff.
Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 6 Disember 2025 (Ahad)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Azmy Ariff
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : STR8 Films Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini seperti Daniel El Arash, Habiel Lutfillah, Edora Mitilda, Datuk Fizz Fairuz, Norkhiriah Shapie, Zulkifli Salleh, Nureen dan ramai lagi.
- Daniel El Arash sebagai Faiz
- Habiel Lutfillah sebagai Imran
- Edora Mitilda sebagai Mira
- Datuk Fizz Fairuz sebagai Taufiq
- Norkhiriah sebagai Gayah
- Zulkifli Salleh sebagai Datuk Haris
- Nureen sebagai Datin Farida
Sinopsis Telefilem Along
Telefilem Along mengisahkan tentang tiga beradik yatim piatu, Faiz, Imran dan Mira dalam menghadapi dugaan kehidupan yang semakin berat.
Kerana Faiz selaku Along kepada Imran dan Mira tidak bekerja, Faiz merasakan ada baiknya sekiranya adik-adiknya diambil menjadi anak angkat daripada terus hidup dalam keadaan papa kedana bersamanya.
Setelah mendaftarkan adik-adiknya di sebuah pusat kebajikan kanak-kanak, Imran diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang tiada anak, Taufiq dan Gayah. Kehidupan Imran cumalah sederhana jika dibandingkan dengan adiknya, Mira.
Pada waktu yang sama Imran diambil daripada Faiz, Mira juga diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang berada, Datuk Haris dan Datin Farida.
Ibarat air dicincang tidak akan putus, sungguhpun Imran dan Mira menjalani kehidupan senang, mereka tetap mahu tinggal bersama Faiz.
Sehinggakan satu tahap di mana mereka terlalu merindui antara satu sama lain, Faiz nekad membawa adik-adiknya lari dan merancang untuk hidup bertiga.
Pelbagai dugaan dilalui mereka, berlapar, berpanas dan berhujan. Namun ketabahan dan kekuatan Faiz benar-benar teruji apabila mendapati suhu badan Mira meningkat dan Mira tidak sedarkan diri.
Apakah nasib tiga beradik piatu ini? Dapatkah mereka teruskan hidup bergelandangan? Apa yang terjadi pada Mira?





