Telefilem Atas Satu Janji Di TV9

Telefilem Atas Satu Janji akan menemui penonton semula pada hari Jumaat, 9 Ogos 2024, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau penonton juga boleh striming secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Feroz Abdul Kader, nukilan skrip daripada Azlina Pa’wan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Medyavizyon Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 9 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Azlina Pa’wan
Pengarah : Feroz Abdul Kader
Produksi : Medyavizyon Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Amar Baharin, Nur Risteena, Sasqia Dahuri, Abdul Manan, Meor Mohd, Siti Rohayu dan ramai lagi.

  • Amar Baharin sebagai Amar
  • Nur Risteena sebagai Maria
  • Sasqia Dahuri sebagai Murni
  • Abdul Manan sebagai Pak Mail
  • Meor Mohd sebagai Kamal
  • Siti Rohayu sebagai Ara

Sinopsis Telefilem Atas Satu Janji

Telefilem Atas Satu Janji mengisahkan tentang Ara yang dibesarkan oleh ayahnya, Amar setelah ibunya, Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Amar terlalu mencintai arwah Murni. Keluarga Amar mula memikirkan tentang Ara yang kian membesar dan perlu mendapat kasih sayang seorang ibu. Lalu mereka menyarankan Amar untuk berkahwin lagi.

Amar akhirnya terpaksa memungkiri janjinya untuk berkahwin dengan Maria, gadis pilihan ibu bapanya. Dia berbuat demikian demi Ara. Namun Ara sebenarnya tidak setuju kerana tidak ingin berkongsi kasih sayang dengan orang lain.

Maria kini sedar yang Ara menjadi ‘musuhnya’. Tapi dia seadanya upaya cuba memenangi hati Ara. Selepas 4 bulan berkahwin, Amar meninggal dunia. Kesedihan Ara sekali lagi diragut.

Advertisements

Kini tinggallah dia dengan ibu tirinya. Namun Ara mula tersentuh melihat Maria meratapi kematian ayahnya. Namun keluarga Amar meminta izin daripada untuk menjaga Ara.

Ara terkilan kerana Maria bersetuju untuk meletakkan dia di bawah jagaan atuk dan neneknya. Ara merasakan yang Maria memang membencinya.

Sebenarnya Maria berbuat demikian kerana dia disahkan mempuyai kanser pancreas tahap 4. Ara mengetahui perkara itu selepas terdengar perbualan atuk dan neneknya. Ara rasa bersalah dan ingin kembali tinggal dengan Maria dan menjaga ibu tirinya.

Leave a Comment