Telefilem Batu Nisan Ibu Di TV3

Saksikan semula telefilem Batu Nisan Ibu yang akan bersiaran pada 24 Ogos 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau penonton juga boleh tonton secara online di platform Tonton.

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Murali Abdullah, nukilan skrip daripada Ahmad Hamda dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Ahmad Hamdan Abdullah Tawadi
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang membintangi sebagai pelakon dalam telefilem ini ialah Dato Rahim Razali, Nabila Huda, Redza Rosli, Alleeya, Mohd Izuan, Balkisyh Semundur Khan, Ayu Raudah dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Ana
  • Dato’ Rahim Razali sebagai Pak Ali
  • Redza Rosli sebagai Badrul
  • Alleeya sebagai Rina
  • Mohd Izuan sebagai Haikal
  • Ayu Raudah sebagai Mak Su
  • Hairi Safuan sebagai Pak Su

Sinopsis Telefilem Batu Nisan Ibu

Telefilem Batu Nisan mengisahkan tentang Anayang hamil setelah terlanjur dengan teman lelakinya. Ayahnya, Pak Ali berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung.

Mereka mulakan hidup baharu di pinggir bandar. Badrul ialah seorang lelaki yang suka berpoya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun.

Advertisements

Takdir menentukan Ana meninggal dunia dan Rina dibesarkan oleh Pak Ali. Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan.

Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.

Leave a Comment