Telefilem Bayang Di TV3

Jangan terlepas untuk saksikan sekali lagi telefilem Bayang yang akan menemui penonton pada hari Sabtu, 21 September 2024, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh syarikat produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 21 September 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Pengarah : Zul Huzaimy
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Zul Huzaimy, Datuk Eizlan Yusuf, Riena Diana, Munir Zainal, Idzham Ismail dan ramai lagi

  • Sufian Suhaimi sebagai Pyan
  • Elisya Sandha sebagai Maya
  • Aleza Shadan sebagai Rohaya
  • Zul Huzaimy sebagai Jinggo
  • Datuk Eizlan Yusuf sebagai Ruztam
  • Riena Diana sebagai Dira
  • Munir Zainal sebagai Jeff

Sinopsis Telefilem Bayang

Telefilem Bayang mengisahkan tentang Pyan yang terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi doktor kerana perlu menjaga ibunya yang sentiasa sakit dan adiknya yang masih bersekolah.

Pyan merupakan seorang lulusan universiti jurusan Medik tetapi terpaksa membuat dua kerja iaitu siang sebagai penghantar surat dan malam sebagai busker yang menyanyi di tepi jalan.

Dia terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut sebagai ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Dialah punca pendapatan keluarga.

Advertisements

Nyanyiannya yang cukup merdu menarik ramai orang. Termasuklah seorang gadis, Maya yang sentiasa singgah ketempat Pyan menyanyi.

Mereka mula berkenalan dan Pyan mendapati Maya menyimpan suatu rahsia dan cuba menyelematkannya.

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment