Telefilem Berkalung Noda Di TV3

Jangan lupa saksikan semula telefilem Berkalung Noda yang akan disiarkan pada 5 Disember 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Tayangan Asal : 2011
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 5 Disember 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 Tengah Hari
Pengarah : M Hitler Zami

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Berkalung Noda seperti Fasha Sandha, Roy Azman, Riz Ainuddin, Elyana, Aripah Damanhuri, Julia Ziegler dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Berkalung Noda

Telefilem BERKALUNG NODA mengisahkan tentang seorang wanita bernama Karina, isteri kepada Azrai dan mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 8 dan 7 tahun.

Advertisements

Azrai yang bekerja sebagai jurutera eksplorasi petroleum & gas sering bertugas di luar Negara. Karina tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa bersosial dengan rakan-rakannya kerana bosan ketiadaan Azrai di sisi.

Suatu hari Karina berkenalan dengan lelaki bernama Ray di sebuah restoran. Ray hanya mahu memperdayakan Karina. Hubungan Ray dan Karina berlanjutan sehingga mereka ditangkap oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) di apartment milik Karina.

Apakah yang berlaku selepas itu?