Telefilem Bukan Wanita Sempurna Di TV3

Saksikan telefilem Bukan Wanita Sempurna yang akan ditayangkan semula pada 30 Januari 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Selain itu, boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Azman yahya, nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 30 Januari 2026 (Jumaat)
Waktu : 1.00 PM
Penulis Skrip : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Azman Yahya aka Jinggo
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon untuk telefilem Bukan Wanita Sempurna seperti Amar Asyraf, Siti Elizad Sharifuddin, Rita Rudaini, Izreen Azminda, Reza Hazbi dan ramai lagi.

  • Amar Asyraf sebagai Ghazali
  • Siti Elizad Sharifuddin sebagai Liza
  • Rita Rudaini sebagai Nadia
  • Izreen Azminda sebagai Intan

Sinopsis Telefilem Bukan Wanita Sempurna

Telefilem Bukan Wanita Sempurna mengisahkan tentang rumah tangga Ghazali dan Liza yang mula goyah apabila Liza membuat keputusan untuk menutup aurat dan bertudung.

Advertisements

Keputusan itu tidak disenangi Ghazali yang masih mengharapkan isterinya kekal dengan gaya penampilan terdahulu. Pertentangan pandangan ini akhirnya meletakkan Liza dalam dilema besar antara memenuhi kehendak suami atau berpegang teguh pada tuntutan agama.

Dalam keadaan hubungan yang semakin renggang, Ghazali terjerumus dalam hubungan terlarang bersama majikannya, Nadia. Rahsia itu terbongkar apabila Liza menyedari kecurangan tersebut, sekali gus melukai perasaannya dengan lebih mendalam.

Di saat emosi Liza diuji, kehadiran Intan sebagai sahabat setia banyak memberi sokongan dan membimbingnya untuk terus memilih jalan kebaikan.