Table Of Content
Saksikan telefilem Cinta Gred A yang akan menemui penonton semula pada 9 November 2024, hari Sabtu, bersiaran pada pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Khalid Nadzri, nukilan skrip daripada Kamariah Osman dan diterbitkan oleh syarikat produksi Ansar Creative Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 9 November 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Skrip : Kamariah Osman
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Ansar Creative Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Cinta Gred A seperti Syafie Naswip, Elisya Sandha, Sharifah Shahirah, Kodi Rasheed, Zulkifli Ismail, Kay Maria, Aman Shah, Raja Mohammad dan ramai lagi.
- Syafie Naswip sebagai Ameer
- Elisya Sandha sebagai Mira
- Sharifah Shahirah sebagia Kak Jai
- Kodi Rasheed sebagai Zack
- Zulkifli Ismail sebagai Hamzah
- Kay Maria sebagai Kamisah
- Aman Shah sebagai Dr. Arman
- Raja Mohammad sebagai Pak Meon
Sinopsis Telefilem Cinta Gred A
Telefilem Cinta Gred A mengisahkan tentang Ameer yang merupakan pelajar cemerlang yang sentiasa memperoleh keputusan terbaik setiap semester.
Namun, kejayaannya membuatkan dia sering menganggap dirinya sudah cukup bagus dan tidak memerlukan bantuan orang lain. Keangkuhan ini diuji apabila dia disatukan dalam satu kumpulan bersama pelajar-pelajar yang sering gagal.
Ameer mempunyai visi untuk mencapai CGPA 4.0 setiap semester. Bagi pelajar cemerlang sepertinya, ini bukanlah masalah besar. Namun, pada semester akhir, Ameer mengambil satu subjek di mana penyarahnya, Dr. Arman, terkenal dengan sikapnya yang sangat cerewet dan sukar dibawa berbincang.
Dr. Arman menggunakan kuasa vetonya dalam menetapkan ahli kumpulan, dan Ameer terpilih untuk menjadi satu kumpulan dengan Mira, seorang pelajar yang sering gagal, serta Kak Jai, seorang pelajar yang sudah berumahtangga.
Ameer bimbang akan prestasinya kerana Mira dan Kak Jai dianggap tidak boleh diharap dalam mengendalikan projek kumpulan. Dia merasakan dirinya sudah cukup bagus dan tidak mempedulikan perasaan serta kemampuan ahli kumpulannya yang lain.
Sikap ini membuatkan Ameer mengambil alih hampir semua tugas tanpa memberi peluang kepada Mira dan Kak Jai untuk menyumbang.
Sepanjang menyiapkan projek, Ameer menghadapi pelbagai dugaan. Dia mulai sedar bahawa untuk mencapai kejayaan sebenar, dia perlu belajar bekerja sebagai satu pasukan. Mira dan Kak Jai, walaupun sering gagal, sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri yang membantu dalam bahagian-bahagian lain projek.
Mira, dengan kreativiti dan idea-idea inovatifnya, serta Kak Jai, dengan pengalaman hidup dan kemahiran organisasi yang baik, banyak membantu Ameer melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.
Akhirnya, Ameer menyedari bahawa sikap sombong dan angkuhnya adalah halangan terbesar dalam mencapai kejayaan sebenar. Melalui pengalaman ini, Ameer belajar bahawa kerjasama dan rasa hormat terhadap ahli kumpulan adalah kunci kejayaan dalam apa jua situasi.
Kesedaran ini tidak hanya membantunya dalam menyiapkan projek dengan baik tetapi juga memberi pengajaran berharga dalam hidupnya sebagai pelajar dan individu.