Telefilem Dendam Kasih Ayah Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Dendam Kasih Ayah yang akan bersiaran semula pada 5 Julai 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 serta secara striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan pengarah tersohor Bade Hj. Azmi, nukilan skrip daripada panel skrip Qaisworks Production sendiri merangkap syarikat produksi untuk telemovie ini.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 5 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Produksi : Qaisworks Production

dendam kasih ayah

Pelakon & Watak

Antara nama-nama pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Izzy Reef, Daniel El Arash, Arash Mohd, Watie Sadali, Dilla Ahmad, Muhammad Adam, Engku Helmy dan ramai lagi.

  • Izzy Reef sebagai Amin
  • Daniel El Arash sebagai Ash
  • Watie Sadali sebagai Mariam
  • Arash Mohd sebagai Hasyim

Sinopsis Telefilem Dendam Kasih Ayah

Dendam dan baran yang dimiliki oleh Amin mendorong dirinya untuk berjumpa ayah kandungnya, Hasyim yang telah lama meninggalkan Amin dan ibunya.

Walaupun setiap bulan dia dan ibunya menerima kiriman wang dan surat, namun Amin tetap marah dengan ayahnya kerana langsung tidak menjenguk mereka sejak kerja di bandar.

Advertisements

Dendam Amin makin membara apabila ibunya meninggal dunia kerana tekanan perasaan dan mengalami kemurungan memikirkan ayahnya. Berbekalkan surat yang dikirimkan ayahnya, Amin nekad menjejaki ayahnya di bandar dan bertemu dengan Ash, seorang gelandangan .

Amin terkesan dengan cara hidup Ash yang dibuang sejak kecil lagi. Namun Ash sedikit pun tidak pernah berdendam dengan ibu bapa kandungnya. Ego Amin kian goyah.

Misi mencari ayah Amin diteruskan dan dia berjaya menemui tempat tinggal ayahnya. Terpegun Amin melihat mewahnya kawasan rumah itu. Amin terkedu apabila dapat tahu kebenaran yang diselindungkan selama ini.

Leave a Comment