Telefilem Dendam Manisa Di TV3

Anda akan disajikan semula telefilem Dendam Manisa yang akan bersiaran pada 21 Jun ini, hari Sabtu, pukul 2.00 tengah hari menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Jamal Khan yang juga bertidak sebagai penulis skrip. Cerita ini telah diterbitkan oleh produksi Asia Era Film Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 21 Jun 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Penulis Skrip : Jamal Khan
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Asia Era Film Production Sdn. Bhd.

Telefilem Dendam Manisa

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Dendam Manisa ini seperti Fattah Amin, Siti Elizad, Puteri Balqish, Balqis, Norlia Ghani, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nisha Dirr, Dian P.Ramlee Jasmin Hamid dan ramai lagi.

  • Fattah Amin sebagai Rosman
  • Siti Elizad sebagai Manisa
  • Norlia Ghani sebagai Nenek Manisa
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Omar
  • Dian P.Ramlee sebagai Datin Maria
  • Nisha Dirr sebagai Syakila
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Sarimah

Sinopsis Telefilem Dendam Manisa

Telefilem Dendam Manisa mengisahkan tentang keakraban Rosman dan Manisa membuatkan mereka bernikah tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila Manisa mengandung, Rosman mula tidak senang duduk dan mula berubah perangai.

Apakah yang terjadi?

Manisa baru keluar dari mahkamah, masih terdengar ditelinga manisa kata kata ketua hakim yang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepadanya, airmata Manisa terus bercucuran tetapi manisa tetap tersenyum kerana dendamnya sudah terbalas.

Advertisements

Semasa menaiki kereta polis hendak kepenjara manisa terkenangkan masa lalunya Manisa seorang wanita melayu yang menjadi idaman setiap lelaki apabila memandang dan mengenalinya. Sikap manisa yang lemah lembut dan hormat pada setiap orang, membuatkan setiap lelaki ingin mengambilnya sebagai suri rumah tangga mereka.

Ibu bapa manisa telah meninggal dunia semasa manisa berumur 8 tahun lagi, sekarang manisa tinggal bersama dengan neneknya yang sedang sakit.

Manisa bekerja di rumah tuan omar sebagai pembantu rumah, keluarga Tuan Omar melayan Manisa dengan baik sekali sehingga menimbulkan keraguan pada Puan Maria yang mula cemburu pada Manisa, walau macam mana pun puan Maria terpaksa menyimpan perasaan cemburunya.

Leave a Comment