Telefilem Derai Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa saksikan telefilem Derai yang akan menemui penonton semula pada 9 Ogos 2024, hari Sabtu, menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar serta diterbitkan oleh produksi FJ Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 9 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pm
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Mimi Lana, Redza Rosli, Wan Hanafi Su, Syafiq Kyle, Riz Amin, Jay Iswazir, Siti Hariesa, Puteri Rafasya Mohd Raus dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Nurul
  • Redza Rosli sebagai Bakar
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Su
  • Syafiq Kyle sebagai Khalid
  • Riz Amin sebagai Lan
  • Jay Iswazir sebagai Azman
  • Siti Hariesa sebagai Nuha
  • Puteri Rafasya Mohd Raus sebagai Syakila

Sinopsis Telefilem Derai

Telefilem Derai mengisahkan tentang Nurul iaitu seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suami, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu.

Nurul Asyikin hidup bahagia bersama Khalid dan anak perempuan mereka, Nur Syakila. Mereka sekeluarga hidup sederhana di luar bandar dari bandar Kuala Lumpur dan menjalankan perusahaan kecil, memandangkan masing-masing ada beberapa bidang tanah yang boleh diusahakan.

Advertisements

Baharudin dan Azman adalah dua orang sahabat baik Khalid, sewaktu belajar dahulu. Suatu hari Baharudin dan Azman datang ke kampung, memujuk Khalid untuk ikut serta dalam satu rancangan perniagan yang mereka mahu jalankan.

Rancangan ini sekaligus membolehkan Khalid mula melihat perniagaan ke pasaran antarabangsa. Khalid sangat teruja dengan cadangan itu tetapi Nurull tidak bersetuju, dia risau jikalua Baharudin mempergunakan suaminya yang dikenali dengan sifat mudah percaya dan pemurah.

Leave a Comment