Telefilem Di Penghujung Sujud Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa saksikan telefilem Di Penghujung Sujud yang akan menemui penonton pada 21 September 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Zyza Backy dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 21 September 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Antara nama-nama yang tersenarai dalam telefilem ini seperti Redza Rosli, Wan Maimunah Aziz, Fezrul Khan, Ayda Jebat, Faez Nick, Zahir Deck, Melissa, Aini Maiyuni, Fieyna Tajuddin dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Arif
  • Wan Maimunah Aziz sebagai Zainab
  • Fezrul Khan sebagai Azmir
  • Ayda Jebat sebagai Zureen
  • Faez Nick sebagai Sufian
  • Zahir Deck sebagai Fuad
  • Melissa sebagai Mona
  • Aini Maiyuni sebagai Zaharah

Sinopsis Telefilem Di Penghujung Sujud

Telemovie Di Penghujung Sujud mengisahkan tentang Arif yang cacat kaki dan tangan kirinya akibat kemalangan semasa merempit beberapa tahun yang lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur.

Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung.

Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab.

Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama.

Advertisements

Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat.

Namun, apa yang terjadi selepas itu?

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment