Telefilem Dilema Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Dilema yang akan menemui penonton semula pada 2 Ogos 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Azaromi Ghozali, nukilan skrip daripada panel skrip MIG sendiri dan diterbitkan oleh produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Panel Skrip MIG
Pengarah : Azaromi Ghozali
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

dilema

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Dilema seperti Izzue Islam, Scha Al Yahya, Vince Chong, Bella Dowanna, Sharisa Chong, Doria Rachel Jully, Izzya Reen, Akid Leman, Epy Kodiang, Aqeef Daniel, Puteri Maisarah dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Tengku Nafrin
  • Scha Al Yahya sebagai Zandra
  • Vince Chong sebagai Robert
  • Bella Dowanna sebagai Ruby
  • Sharisa Chong sebagai Rebecca
  • Doria Rachel Jully sebagai Hannah
  • Izzya Reen sebagai Alia
  • Akid Leman sebagai Adam
  • Epy Kodiang sebagai Manager
  • Aqeef Daniel sebagai Peter
  • Puteri Maisarah sebagai Puteri

Sinopsis Telefilem Dilema

Telefilem Dilema mengisahkan tentang Robert iaitu lelaki berbangsa Cin dan berkahwin dengan Rebecca yang menetap di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ruby.

Advertisements

Bagaimanapun kelahiran Ruby tidak pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Perkahwinan Robert dan Rebecca tidak mendapat restu keluarga.

Sejak awal hubungan mereka sering bergaduh. Tengku Nafrin dan Zandra Amelia pasangan suami isteri yang sering bersama dengan Robert saat jatuh bangunnya. Hubungan rapat mereka menyebabkan Robert sering berkongsi masalah dengan Tengku Nafrin dan Zandra.

Leave a Comment