Telefilem Dosa Serupa Di TV3

Saksikan semula telefilem Dosa Serupa yang akan menemui penonton pada 14 November 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem yang ditayangkan pada tahun 2012 ini merupakan terbitan Asia Media Content, diarahkan oleh Emi Suffian, dengan hasil penulisan skrip daripada Shahanim Ramli.

Tayangan Asal : 2012
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 14 November 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Skrip : Shahanim Ramli
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Asia Media Content

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zul Huzaimi, Emelda Rosmila, Fauziah Nawi, Irma Hasmie, Riezman Khuzaimi, adik Fatah Saqrullah Ali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zul Huzaimi sebagai Najmi
  • Emelda Rosmila sebagai Suraya
  • Fauziah Nawi sebagai Misah
  • Irma Hasmie sebagai Yasmin
  • Riezman Khuzaimi sebagai Saiful

Sinopsis Telefilem Dosa Serupa

Telefilem Dosa Serupa mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Najmi yang berasal daripada keluarga kaya.

Najmi berkahwin dengan Suraya, seorang gadis daripada keluarga sederhana, namun perkahwinan itu berlangsung tanpa kerelaannya.

Disebabkan tidak mencintai Suraya, Najmi akhirnya berkahwin pula dengan Yasmin, wanita pilihannya sendiri, dan sejak itu Suraya serta ibunya mula diperlakukan dengan buruk di rumah tersebut. Dibuat seolah-olah mereka hanyalah orang gaji.

Advertisements

Perlakuan kejam Najmi tidak terlepas daripada pandangan anak-anaknya. Anak lelakinya mula memendam rasa benci terhadap si ayah apabila melihat bagaimana Najmi menengking dan menghina neneknya.

Konflik demi konflik berlaku dalam keluarga itu sehingga satu demi satu tragedi menimpa pada ibu mentuanya, Suraya dan anak perempuannya meninggal dunia, meninggalkan hanya anak lelaki Najmi yang dibesarkan bersama ibu tirinya.

Namun, kebencian terhadap ayahnya tidak pernah padam. Anak lelaki itu terus menyimpan dendam dan tidak pernah menghiraukan Najmi, walaupun setelah ayahnya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.