Telefilem Dosa Siapa Di TV3

Saksikan telefilem Dosa Siapa yang akan bersiaran kembali pada 8 Ogos 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2011 ini merupakan arahan Murali Abdullah, nukilan skrip dariapda Farhana Fauri dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2011
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Rozita Che Wan, Sabrina Ali, Zamarul Hisyam, Bell Ngasri, Ustaz Dinie dan ramai lagi.

  • Rozita Che Wan sebagai Halimah
  • Sabrina Ali sebagai Faridah
  • Zamarul Hisyam sebagai Azmi
  • Bell Ngasri sebagai Shahrul
  • Ustaz Dinie Pak Adzim

Sinopsis Telefilem Dosa Siapa

Telefilem Dosa siapa mengisahkan tentang kisah adik beradik Faridah dan Halimah yang akrab. Mereka berdua ini telah ditahan dan dirogol oleh orang yang tak dikenali.

Halimah berjaya melarikan diri tapi dia telah meninggalkan Faridah. Peristiwa gelap itu membuatkan Faridah berdendam dengan Halimah sehingga dewasa.

Advertisements

Faridah mengambil ilmu hitam untuk membalas dendam pada Halimah dan telah mengakibatkan suaminya meninggal dunia dan merampas anak Halimah.

Perbuatan Faridah membuatkan Halimah tertekan dan akhirnya meroyan, merempat dan hidup sebagai pengemis selama 20 tahun.

Leave a Comment