Telefilem Durian Oh Durian Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa saksikan telefilem Durian Oh Durian yang akan menemui penonton semula pada 12 Oktober 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan pelakon utamanya sendiri iaitu Ungku Ismail, nukilan skrip daripada Sarimah Othman serta diterbitkan oleh produksi Paragon Radical Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pm
Skrip : Sarimah Othman
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Produksi : Paragon Radical Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Dian P Ramlee, Qadry Nur, Kamal Rezuan, Allana Amir, Syuqran Hassan, Dato’ Jalalluddin Hassa dan ramai lagi.

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Muhammad Hamidi
  • Bella Dally sebagai Zurin
  • Dian P Ramlee sebagai Kamariah
  • Qadry Nur sebagai Din
  • Kamal Rezuan sebagai Amri
  • Allana Amir sebagai Lina
  • Syuqran Hassan sebagai Shafik
  • Dato’ Jalalluddin Hassa sebagai Tok Daim

Sinopsis Telefilem Durian Oh Durian

Telefilem Durian Oh Durian mengisahkan tentang Midie seorang posmen, sangat obses untuk melihat pokok durian yang ditanam oleh arwah datuknya sempena kelahirannya berbuah.

Tahun demi tahun menanti pokok itu berbuah. Berbagai usaha telah dilakukannya. Walaupun sudah 29 tahun usia pokok itu, namun tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berbuah, malah pokok tersebut tidak pernah berbunga.

Advertisements

Ibu Midie, Kamariah mencadangkan agar pokok durian tersebut ditebang dan ditanam dengan benih yang baru. Kebetulan adik Midie yang baru balik kampung mahu menggunakan ruang tanaman pokok durian itu untuk membuat tanaman herba.

Midie memberontak dan menentang hasrat ibu dan adiknya itu kerana pokok itu adalah seusia dengannya dan ditanam oleh arwah datuknya seiring dengan kewujudan dia di dunia.

Ia memberi makna yang mendalam kerana hasrat arwah datuk agak anak cucu boleh makan hasil tanamannya itu.

Leave a Comment