Table Of Content
Saksikan telefilem Hero Kampung yang akan menemui penonton semula pada 28 November 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau secara online di Tonton.
Telefilem pada asalnya ditayangkan pada tahun 2011 ini merupakan terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.
Tayangan Asal : 2011
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 28 November 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zul Yahya, Liza Abdullah, Wan Maimunah, Emelda Rosmila, Hanes Suraya, Diya Kholid, Abdul Munir, Acong Sweet Child dan ramai lagi.
- Zul Yahya sebagai Hadi
- Emelda Rosmila sebagai Sumeah
- Hanez Suraya sebagai Suhaila
- Liza Abdullah sebagai Kak Azi
- Wan Maimunah sebagai Mak

Sinopsis Telefilem Hero Kampung
Telefilem Hero Kampung mengisahkan tentang Eddy, seorang penoreh getah yang perasan kacak dan terlalu memilih pasangan. Setiap calon yang dicadangkan ibu dan kakaknya ditolak kerana tidak memenuhi citarasa tinggi dirinya.
Di kampung yang sama ada Me’ah, gadis sederhana yang meminati Eddy, namun Eddy hanya menganggapnya sebagai kawan kerana penampilan Me’ah tidak menarik pada pandangannya.
Eddy pula menaruh hati pada Suhaila dan mencuba pelbagai cara untuk menawan gadis itu, termasuk berjumpa bomoh, tetapi semuanya gagal. Usaha kakaknya memperkenalkan calon lain juga tidak menjadiiaitu Cikgu Milah ditolak kerana kulitnya gelap dan Eddy kecewa apabila mengetahui Cikgu Rozi yang cantik sudah berkahwin.
Kecewa dan tertekan dengan amaran ibunya supaya segera berkahwin, Eddy akhirnya menyerahkan urusan jodoh kepada keluarga. Ibu dan kakaknya menipu Eddy dengan mengatakan dia akan dikahwinkan dengan Suhaila. Pada hari akad nikah, Eddy terlalu gugup hingga tidak menyedari nama pengantin ditukar kepada Sumeah.
Apabila penutup wajah pengantin dibuka, Eddy terkejut melihat Me’ah yang kini tampil cantik. Walaupun pada mulanya mempertikaikan pertukaran nama, Eddy akhirnya menerima Me’ah sebagai isterinya dan menyarungkan cincin dengan gembira setelah menyedari kecantikan sebenar gadis itu.





