Telefilem Husin Peninglah Di TV3

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Husin Peninglah yang akan ditayangkan semula pada 24 Januari 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., arahan Tam Suhaimi dengan nukilan skrip daripada Sapin Paijan.

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 24 Januari 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Idea Asal : Sapin Paijan
Penulis Skrip : Sapin Paijan
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi telefilem Husin Peninglah ialah Aliff Satar, Mia Ahmad, Zainol Macwilson, G Bob, Aleza Shadan, Zahirah Macwilson, Halim Radzi, Mawar Rashid dan ramai lagi.

  • Aliff Satar sebagai Hussin
  • Mia Ahmad sebagai Julia
  • Zainol Macwilson sebagai Cikgu Yunus
  • G Bob sebagai Bobby
  • Aleza Shadan sebagai Mak Yam
  • Zahirah Macwilson sebagai Ain
  • Halim Radzi sebagai Hassan
  • Mawar Rashid sebagai Mawar

Sinopsis Telefilem Husin Peninglah

Telefilem Husin Peninglah mengisahkan tentang Husin, seorang pelajar bermasalah yang tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran.

Advertisements

Dia kerap menggunakan alasan sakit kepala untuk mengelakkan diri daripada hadir ke sekolah, sehingga ungkapan “peninglah” menjadi identiti dan kebiasaan dalam kehidupannya.

Tabiat tersebut berterusan hingga Husin meningkat remaja. Ungkapan “peninglah” terus digunakan setiap kali ibunya mendesaknya supaya mencari pekerjaan, namun setiap permohonan yang dibuat tidak berjaya akibat keputusan SPM yang kurang memuaskan.

Akhirnya, Husin memilih jalan sendiri dengan membuka sebuah gerai burger. Dalam masa yang sama, dia menjalin hubungan cinta dengan Julia, anak kepada Cikgu Yunus, namun percintaan mereka mendapat tentangan daripada bapa Julia.

Mampukah Husin mengubah nasib dan menemui kebahagiaan dalam hidupnya?