Telefilem Jangan Malu Menangis Di TV9

Anda akan disajikan sekali lagi telefilem berjudul Jangan Malu Menangis yang akan menemui penonton pada 3 Jun ini menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem yang meruntun hati ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail dan ramai lagi.

jangan malu menangis

Sinopsis Telefilem Jangan Malu Menangis

Telefilem Jangan Malu Menangis mengisahkan tentang Ramlee iaitu seorang bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati.

Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia.

Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn dan ramai lagi.

Advertisements
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Ramlee
  • Fauziah Latiff sebagai Haryati
  • Ozlynn Wati sebagai Maryam
  • Aprena Manrose sebagai Mawar
  • Harissa Adlynn sebagai Mira
  • Halim Radzi sebagai Rudi

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ni merupakan arahan Amie Maziah, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Jangan Malu Menangis yang akan menemui penonton semula pada 3 Jun 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment