Telefilem Kari Kumari Di TV2

Saksikan telefilem Kari Kumari yang akan bersiaran pada 1 September 2025, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem yang mengangkat tema komedi kekeluargaan ini merupakan arahan Zizan Nin, nukilan skrip daripada Azal Ezreen dan diterbitkan oleh syarikat produksi RD Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 1 September 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 PM
Idea Asal : Azal Ezreen
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Zizan Nin
Produksi : RD Pictures Sdn. Bhd.

Kari Kumari

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Kari Kumari ialah Ashini Kesavan, Wans Ahmad, Kuna Muzaini, Anne Abdullah, Zizan Nin, Gusionlal dan ramai lagi.

  • Ashini Kesavan sebagai Kumari
  • Wans Ahmad sebagai Jijoe
  • Kuna Muzaini sebagai Kak Saleha
  • Anne Abdullah sebagai Kak Mun

Sinopsis Telefilem Kari Kumari

Telefilem Kari Kumari mengisahkan tentang Kumari iaitu seorang gadis kampung yang nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja namun kecewa kerana gagal dalam temuduga itu.

Kumari kebetulan berjumpa Kak Saleha, seorang peniaga kedai makanan dan dia mula bekerja dengannya.

Advertisements

Kumari yang memang mahir memasak kari yang sedap berjaya menarik ramai pelanggan dan membuatkan dirinya terkenal.

Jijoe yang menyukai Kumari berhasrat untuk berkahwin dengannya namun emaknya, Kak Mun seperti tidak menyukai Kumari.