Telefilem Karlisa Di TV3

Saksikan semula telefilem Karlisa yang akan bersiaran pada 23 Januari 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, nukilan skrip daripada Zakinah Ab. Zarith dan diterbitkan oleh Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 23 Januari 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Zakinah Ab Zarith
Pengarah : Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar
Produksi : Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ruhainies, Watie Sadali, Fizz Fairuz, Nur Qistina Raisah, Rasheed Ahmad, Nafis Zaidi, Mak Wan dan ramai lagi

Advertisements
  • Ruhainies sebagai Karmila
  • Watie Sadali sebagai Farah
  • Fizz Fairuz sebagia Tuan Bahrin
  • Nur Qistina Raisah sebagai Karlisa
  • Rasheed Ahmad sebagai Qayyum
  • Nafis Zaidi sebagai Khalid
  • Mak Wan sebagai Mak Esah

Sinopsis Telefilem Karlisa

Telefilem Karlisa mengisahkan tentang Karmila iaitu merupakan anak sulong kepada Puan Faridah dan Tuan Bahrin.

Sebelum ini, hidupnya seperti syurga kerana ibu bapanya memberi sepenuh kasih sayang kepadanya. Sehinggalah sekarang, ibu bapanya tidak pernah membezakan kasih sayang antara dia dan adiknya Karlisa (8 tahun) yang dipanggil adik.

Sejak Adik lahir, Karmila berubah. Dia banyak mendiamkan diri apabila melihat ibu bapanya memberi tumpuan kepada Adik. Karmila seolah-olah benci Adik. Hanya herdik dan kemarahannya yang dilepaskan kepada Adik setiap kali Adik mendekatinya.