Table Of Content
Sempena bulan Kemerdekaan, Astro bawakan telefilem Kita Bukan Data yang akan bersiaran pada 29 Ogos 2025, hari Jumaat, pukul 10.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan KITA 100. Juga tersedia secara online di Sooka.
Telefilem yang membawa kisah kekeluargaan dan muhibbah ini merupakan arahan Ausz Din dan diterbitkan hasil kerjasama Directors Think Tank dan Imaginary Friends.
Tarikh : 29 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa : 10.30 PM
Penulis Skrip : Ausz Din & Imaginary Friends
Pengarah : Ausz Din
Produksi : Directors Think Tank & Imaginary Friends
Barisan Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon dalam telefilem Kita Bukan Data seperti Ng Yizhe, Qusyairi Naqiudin, Thashrra Aghonderan, Eugene Song-Yi, Myra Afrina, Soh Lay Foon, Lau Chuin Ee, Azman Jemain, Maria Hassab dan ramai lagi.
- Ng Yi Zhe sebagai Keong
- Qusyairi Naqiudin sebagai Rahim
- Thashrra Aghonderan sebagai Devi
- Eugene Song Yi sebagai Uncle Danny
- Amirah Afrina sebagia Cikgu Sya
Sinopsis Telefilem Kita Bukan Data
Dibesarkan ibu tunggal, Keong kemudian mula rapat dengan jirannya Danny, seorang pencipta yang telah berjaya membangunkan sebuah robot berkuasa Ai, Advisor 9000 yang mungkin memiliki setiap jawapan dalam pencariannya.
Bersama dengan Rahim, seorang kawan namun berniat tidak baik, Keong meneruskan pencarian makna hidup dengan menggunakan bantuan Ai bagi menyembunyikan rasa rendah dirinya.
Namun begitu, akhirnya dia tersedar semua jawapan dalam dunia empirikal, tidak sepadan dengan perasaan dan keikhlasan sebenar, apabila ia datang untuk menjalin ikatan antara satu sama lain.





