Telefilem Mak Cik Acapella Di TV3

Tonton telefilem Mak Cik Acapella yang akan menemui penonton semula pada 27 Julai 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem Asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Syahid Johan, nukilan skrip daripada Nazr M. Annuar dan diterbitkan oleh produksi Balang Rimbun.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Nazri M Annuar
Pengarah : Syahid Johan
Produksi : Balang Rimbun

mak cik acapella

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Mak Cik Acapella seperti Aiman TIno, Liza Abdullah, Didie Alias, Amyza Aznan, Ungku Hanafi Ungku Harun, Putri Hanan, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

  • Aiman Tino sebagai Sofjan
  • Liza Abdullah sebagai Mak Teh
  • Didie Alias sebagai Jijah
  • Amyza Aznan sebagai Munirah
  • Ungku Hanafi sebagai Pak Teh
  • Putri Hanan sebagai Jamilah
  • Amir Raja Lawak sebagai Boss

Sinopsis Telefilem Mak Cik Acapella

Telefilem Mak Cik Acapella mengisahkan tentang Sofjan iaitu seorang penyanyi terkenal yang menghilangkan diri selepas dilanda kontroversi besar.

Advertisements

Pada waktu kejatuhannya itu, dia melarikan diri ke kampung Mak Longnya, Salmiah. Mak Long seorang yang pendiam, dan setiap pagi dia akan mendengar lagu kegemarannya, namun Sofjan tidak tahu lagu tersebut.

Semasa di kampung itu, Sofjan berkenalan dengan Mak Timah, Mak Ya, dan Mak Liza, yang masing-masing berbakat dalam bidang nyanyian. Bersama-sama, mereka berjaya menubuhkan Kumpulan Acapella di bawah bimbingan Sofjan.

Leave a Comment