Table Of Content
Jangan lupa saksikan semula telefilem Menantu Second Class yang akan menemui penonton pada 1 September 2025, hari Isnin, jam 8.40 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara striming di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Che Mie, nukilan skrip daripada Ahmad Hamdan dan diterbitkan oleh produksi Enuja Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 1 September 2025 (Isnin)
Penulis Skrip : Ahmad Hamdan Abdullah Tawadi
Pengarah : Che Mie
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem Menantu Second Class iaitu Mimi Lana, Mustaqim Bahadon, Sheila Mambo, Talha Harith, Tash Yong, Kamal Sumbu, Farrah Ahmad, Kim Fukazawa dan ramai lagi.
- Mimi Lana sebagai Fatin
- Mustaqim Bahadon sebagai Rizal
- Sheila Mambo sebagai Mak Leha
- Talha Harith sebagai Arman
- Tash Yong sebagai Sutinah
- Kamal Sumbu sebagai Ramli
- Farrah Ahmad sebagai Ana
- Kim Fukazawa sebagai Mona
Sinopsis Telefilem Menantu Second Class
Telefilem Menantu Second Class mengisahkan tentang Fatin yang dilayan bagaikan menantu ‘second class’ oleh ibu mertuanya, Mak Leha.
Fatin terperangkap di dapur, memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Sedangkan dua menantu perempuan lain, bergaya bagaikan ratu cantik dan bersembang dengan gembiranya.
Dia dilayan sebegitu kerana menantu yang lain semuanya bekerjaya sedangkan Fatin hanya seorang suri rumah.
Fatin menggelarkan Sutinah sebagai ‘Menantu Maharaja’ dan menggelar menantu sulung, Ana yang bekerja sebagai eksekutif sebagai ‘Menantu New Zealand’.