Table Of Content
Saksikan semula telefilem Miah Oh Miah yang akan menemui penonton pada 26 Disember 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2010 ini merupakan arahan Pierre Andre, nukilan skrip dariapda Norizan Mansor dan diterbitkan oleh produksi Pujangga Kreative Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2010
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 26 Disember 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Norizan Mansor
Pengarah : Pierre Andre
Produksi : Pujangga Kreative Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam Miah Oh Miah seperti Faezah Elai, Pierre Andre, Watie Sadali, Maimon Mutallib, Datuk Jalaluddin Hassan, Salina Saibi, Zaryn Min, Mak Jah dan ramai lagi.
- Faezah Elai sebagai Miah
- Pierre Andre sebagai Jamil
- Watie Sadali sebagai Suzy
- Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Arif
Sinopsis Telefilem Miah Oh Miah
Telefilem Miah Oh Miah mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Miah yang dibesarkan oleh neneknya sebelum dipaksa tinggal bersama ibunya di bandar.
Dia bekerja sebagai cleaner di pejabat Dato’ Arif, namun gajinya sering diambil oleh dua kakaknya yang mementingkan diri.
Walaupun hidup tertekan, Miah mempunyai minat dan bakat dalam dunia fesyen. Kejujuran serta cita rasanya menarik perhatian Suzi, seorang setiausaha yang kemudian banyak membantu dan memberi peluang kepada Miah untuk menjahit serta membaiki pakaian.
Bermula dengan tempahan kecil, bakat Miah semakin mendapat perhatian sehingga dia membuka kedai jahit sendiri dengan sokongan Suzi dan Jamil, pembantu pejabat yang sentiasa menyokongnya.
Namun, kejayaannya terganggu apabila kakak-kakaknya masuk campur dan merosakkan perniagaan. Miah berdepan tekanan keluarga dan hampir berputus asa, tetapi memilih untuk bangkit semula dan memulakan hidup baharu.
Dalam kekalutan perasaan dan konflik hubungan, bakat Miah akhirnya dipandang besar apabila hasil rekaannya menarik perhatian pereka fesyen terkenal.
Kejayaan ini membuktikan ketabahan dan keikhlasan Miah mampu mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.





