Telefilem Mingkin Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Mingki yang asalnya ditayangakn pada tahun 2019 dan kini akan menemui penonton semula menerusi slot Cereka Pilihan.

Telefilem yang mengisahkan bagaimana kasih sayang terjalin antara insan dan haiwan dengan menampilkan barisan pelakon-pelakon ternama negara.

telefilem mingki

Sinopsis Telefilem Mingki

Telefilem Mingki mengisahkan tentang Nek Mah yang tinggal sendirian di kampung bertemankan kucing kesayangannya Mingki selepas anaknya, Maznah berkahwin dengan Rahman.

Sikap Maznah semakin berubah sejak berkahwin. Jirannya, Mak Teh sering menjenguk dan bertanya khabar Nek Mah. Segala masalah Nek Mah akan ceritakan kepada Mingki dan Mak Teh.

Suatu hari Nek sedih apabila Mingki mati selepas dia selesai solat subuh. Sejak itu Nek Mah murung seperti dia kehilangan anaknya dulu.

Rahman rasa kasihan melihat keadaan Nek Mah, lalu menghadiahkan seekor kucing baharu kepada Nek Mah dan Nek Mah memberikan nama Mingki juga kepada kucing baharunya.

Namun anaknya, Maznah kurang senang dengan apa yang Rahman lakukan kerana duit pampasan Rahman tidak begitu banyak dan padanya tidak perlu untuk membeli benda yang tidak berfaedah.

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan senarai pelakon yang ada dalam telefilem ini seperti Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Norlia Ghani, Suraya Ghani, Ameerul Asyraf, Ali Fardeen Jumal dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Nek Mah
  • Zamarul Hisham sebagai Rahman
  • Farahdhiya sebagai Maznah
  • Fahrin Ahmad sebagai Suib
  • Norlia Ghani sebagai Mak Teh
  • Suraya Ghani sebagai Sue
  • Ameerul Asyraf sebagai Salleh

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan sutradara Fairuz Loy, nukilan skrip daripada Jumal Yunus dan diterbitkan oleh syarikat produksi 2606 Skyline Pictures.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Mingki yang akan menemui penonton semula pada 8 Jun 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau strim di Tonton.

Leave a Comment