Telefilem Misi Arjuna Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Misi Arjuna yang akan menemui penonton semula pada 23 Ogos 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3. Selain itu, boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan P Prem Anand Pillai, nukilan skrip daripada Amin Abdul Nasir Shakib dan diterbitkan oleh Orangetree Production

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 23 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Amin Abdul Nasir Shakib
Pengarah : P Prem Anand Pillai
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Misi Arjuna ini ialah Muntazar Ghufran, Zara Sophia, Farouk Hussain, Didie Alias, Ben Ladin, Lyenus Ronan, Anas Ridzuan, Zul Yahya, Henzi Andalas Nusantara, Hafizuddin Fadzil dan ramai lagi.

  • Muntazar Ghufran sebagai Arjuna
  • Zara Sophia sebagai Juita
  • Farouk Hussain sebagai En. Malik
  • Didie Alias sebagai Puan Mona
  • Ben Ladin sebagai Nyemar
  • Lyenus Ronan sebagai Rara
  • Anas Ridzuan sebagai Coach Badrul
  • Zul Yahya sebagai Professor Don

Sinopsis Telefilem Misi Arjuna

Telefilem Misi Arjuna mengisahkan tentang Arman Junaida yang merupakan superhero cilik. Dia menggunakan nama Arjuna untuk menyelesaikan misi jenayah.

Advertisements

Arjuna menyelesaikan setiap misinya dengan berpandukan surat khabar ajaib yang dihantar setiap pagi ke rumahnya oleh seorang lelaki tua yang menaiki kenderaan futuristik.

Surat khabar ajaib tersebut hanya boleh dibaca oleh Arjuna sahaja dengan menggunakan cermin mata pemberian arwah datuknya.

Leave a Comment